Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Honda Kecilkan Produksi Kilang Jepun Hingga 40%, Ini Puncanya...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Logo Honda yang dipamerkan di Geneva International Motor Show yang ke-89 (Foto: Reuters/Pierre Albouy)


Honda Motor Co akan mengurangkan rancangan pengeluaran sehingga 40% di Jepun pada awal September ini ekoran isu rantaian bekalan dan logistik yang berterusan, lapor Reuters. 


Pengeluaran di kilang yang terletak di utara Tokyo, bertempat di wilayah Saitama akan dikurangkan sehingga kira-kira 40% awal bulan depan. Sementara itu, kilang Suzuka di bahagian Jepun pula akan menyaksikan pengurangan pengeluaran kira-kira 30%. 




Menurut Honda, antara faktor yang menyumbang kepada situasi ini ialah kerana kelewatan penerimaan alat dan isu logistik disebabkan Covid-19 serta kekurangan cip semikonduktor.


Pelbagai model terkesan misalnya kenderaan utiliti sukan Vezel (HR-V), van mini Stepwgn dan kereta kompak Civic. 




Tambah Honda, kilang Saitama dan kilang Suzuka akan mengurangkan pengeluaran masing-masing sebanyak kira-kira 10% dan 30%, untuk baki bulan ini. 


Pesaing Honda, Toyota Motor Corp kekal yakin dengan sasaran pengeluaran yang ditetapkan iaitu 9.7 juta bagi tahun kewangan semasa yang berakhir pada Mac 2023 nanti. Toyota kekal optimistik, menunjukkan keyakinan bahawa prospek pengeluaran dan jualan akan bertambah baik mulai bulan Ogos dan seterusnya.


Toyota berkata, syarikatnya dijangka akan membuat pengeluaran global sekitar 850,000 unit pada bulan September dan akan cuba meningkatkan pengeluaran sehingga November akan datang, bergantung kepada bekalan alat ganti dan kakitangan.


Sumber: Reuters


Baca: Honda HR-V 2022 Telah Dilancarkan Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM114K!

Tag:

Covid-19
Honda
Toyota
Honda HR-V
Honda Motor Co.
cip semikonduktor
Civic
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tidak Wajib Pakai Pelitup Muka Dalam Pengangkutan Awam & Hospital Bermula Rabu Depan

Pelitup muka tidak lagi diwajibkan dalam pengangkutan awam dan fasiliti kesihatan. Ini kupasannya...

29-06-2023
Berita Auto

Kurang Pemandu Dalam Pengangkutan Awam, Ini Sebabnya..

Gara-gara wabak Covid-19, hampir 40 peratus pemandu bas ekspres di negara ini telah angkat kaki sebaliknya mencari sumber pendapatan Singapura.

02-03-2023
Berita Auto
Berita Auto

Kereta Tersadai Di Thailand Kini Boleh Dibawa Pulang Tanpa Caj Bermula 1-30 Jun Ini

Rakyat Malaysia boleh bawa pulang kenderaan yang tersadai di negara Thailand.

24-05-2022
Berita Auto

Toyota Land Cruiser Menjadi Kenderaan Sejuk Beku Pertama Bagi Covid-19 Yang Diluluskan WHO

Toyota memperkenalkan trak sejuk beku untuk mengangkut vaksin Covid-19.

30-04-2021
Berita Auto

Kebenaran Rentas Negeri Hanya Isnin Hingga Khamis

Di sebalik peningkatan kes Covid-19 secara mendadak sejak empat hari lalu, menyebabkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat keputusan untuk mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) bagi tujuan pergerakan rentas negeri.

20-04-2021
Berita Auto

Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Pemandu Di Bawah Pengaruh Ganja

Penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh ganja di Kilometer 23, Jalan Seremban- Kuala Pilah, Negeri Sembilan, malam tadi.

31-12-2025
Berita Auto

Honda Prelude 2026 Dipasarkan Di Jepun – Kit Sporty Mugen Ditawarkan

Setelah hampir dua tahun sejak konsep asalnya diperkenalkan, Honda akhirnya melancarkan model baharu Prelude 2026 di pasaran Jepun.

09-09-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menegaskan bahawa tiada sebarang gangguan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya pagi tadi.

27-02-2026
Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM

Isu kartel tonto yang membarah dalam kalangan penguatkuasa akhirnya mendapat perhatian serius.

27-02-2026
Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026