Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jualan Kereta Terpakai Semakin Susut Gara-Gara Orang Tengah

Suhana Veru

Kongsi melalui


Jika dua tahun lalu, permintaan terhadap kenderaan terpakai terus meningkat  berikutan insentif moratorium dan pengecualian cukai daripada kerajaan.

Namun hari ini senario itu berubah 360 darjah. 

Segala-galanya kerana harga kereta terpakai di negara ini dilihat semakin mahal menyebabkan jualan kenderaan tersebut mengalami penurunan sehingga 60 peratus.

Ada penjual kereta terpakai mengakui bahawa mereka kini sukar untuk meletakkan harga lebih rendah kerana industri tersebut sebenarnya dikawal oleh ‘orang tengah’.

Dikhabarkan harga yang diperoleh daripada orang tengah telah meningkat sebanyak RM3,000 menyebabkan harga bagi sesetengah jenama popular hampir menyamai harga kereta baharu.

Ada pembeli pula mendakwa mereka terpaksa mengeluarkan lebih banyak wang untuk bayaran muka.

Punca kereta terpakai mahal:

Orang tengah jual kereta terpakai pada harga yang agak keras

Sukar untuk dapat stok dengan beli secara terus daripada pemilik kereta


Apappun, rata-rata penjual kereta terpakai mengeluh kerana tidak dapat menjual kenderaan terpakai  seperti dahulu.

Seorang penjual kereta terpakai yang enggan dikenali berkata harga kereta terpakai meningkat sekurang-kurangnya RM3,000

Apa yang lebih membebankan apabila pelanggan mendapat pinjaman bank yang rendah.

“Pelanggan terpaksa mengeluarkan bayaran muka lebih tinggi berbanding sebelum ini menyebabkan ramai pelanggan mengubah fikiran.

 “Jika dahulu saya boleh beli secara terus daripada pemilik kereta, contohnya Myvi dengan harga RM47,000. Sekarang itulah harga yang saya terpaksa beli daripada ‘orang tengah’,” katanya kepada Sinar Harian.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026