Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kemalangan Lori Naik 28% Tahun Ini, JPJ Perketat SOP, Sita Jika Tidak Dipatuhi

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Zailani turut memeriksa kenderaan perdagangan di Ibu Pejabat JPJ Wilayah Persekutuan (Foto: KOSMO!)


Bukan sedikit, tetapi rupanya kes kemalangan membabitkan lori meningkat hampir 30% dalam tempoh antara Januari hingga Jun tahun ini di seluruh Malaysia, umum Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).


Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata, peningkatan sebanyak 28% itu membabitkan 19,888 kes kemalangan dengan lori sepanjang enam bulan pertama, berbanding 15,487 kemalangan dengan lori yang berlaku dalam tempoh sama tahun lalu. 


Siasatan mendapati, kebanyakan kemalangan yang berlaku berpunca daripada isu kerosakan teknikal kenderaan terutamanya masalah kegagalan sistem brek untuk berfungsi.


Baca: Masalah Brek Punca Lori Rempuh Lapan Kereta


“Bagi mengurangkan peningkatan risiko kemalangan melibatkan kenderaan perdagangan, JPJ memperketat prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan kenderaan dengan kerjasama Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).



Kemalangan lori rempuh 11 kereta yang pernah dilaporkan baru-baru ini 


“Setiap kenderaan perdagangan perlu menjalani pemeriksaan awalan dan pemeriksaan berkala (66B APJ 1987) di Puspakom mengikut ketetapan peraturan semasa bagi memastikan kenderaan adalah selamat semasa digunakan di jalan raya,” katanya ketika ditemui pada Operasi Puspakom di Ibu Pejabat JPJ Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.



Kemalangan lain yang menyebabkan pelanggaran sehingga lapan kereta selepas dirempuh lori yang memiliki masalah brek


Zailani turut memberi peringatan kepada kesemua pengusaha pengangkutan serta pemandu kenderaan terutamanya kenderaan perdagangan agar mematuhi pemeriksaan berkala di Puspakom yang telah ditetapkan. 


“Jabatan ini tidak akan berkompromi terhadap sebarang kesalahan terutamanya kegagalan melaksanakan aktiviti penyelenggaraan harian sebagaimana digariskan dalam Tataamalan Industri Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Bagi Aktiviti Pengangkutan Jalan 2010 (ICOP).


“Kegagalan mematuhinya akan diambil tindakan penyitaan dibawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333) dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010,” katanya.


Sumber: KOSMO!


Baca: Masalah Brek Punca Lori Rempuh Lapan Kereta


Baca: Ujian Dadah Dan Alkohol Mengejut Ke Atas Pemandu Lori Dan Treler Perlu Dilakukan – Menteri Pengangkutan


Baca: Lori Rempuh 11 Kereta Sebab..



Tag:

JPJ
kemalangan
Puspakom
lori
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

19-02-2026
Berita Auto

28-01-2026
Berita Auto

22-01-2026
Berita Auto

30-12-2025
Berita Auto

23-12-2025
Berita Auto

18-12-2025
Berita Auto

18-12-2025
Berita Auto

15-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026
Berita Auto

15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia

Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.

15-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026