Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kesan Mat Rempit Guna Kamera, Suspek Akan Ditahan Di Luar Perlumbaan

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Nak lari mana lagi? Kali ini mat rempit di Pulau Pinang semakin 'tersepit.' Pihak polis di negeri tersebut kini tampil dengan pendekatan baharu untuk membendung isu lumba haram. Sumber daripada pihak polis mendedahkan, teknik “diari penyiasatan” atau “investigation diary” (ID) akan digunakan bagi menggantikan teknik yang biasa digunakan sebelum ini seperti sekatan jalan dan rondaan.


“Dengan ID, polis dapat melakukan zoom in pada kegiatan lumba haram sebelum mengambil tindakan menahan suspek sebaik perlumbaan berakhir,” ujarnya. 


Kamera Khas


Menggunakan kamera khas, pihak polis dapat menangkap mereka yang terlibat dalam kegiatan lumba haram ini dengan cara yang lebih selamat. Rakaman dan gambar yang diambil daripada kamera ini akan digunakan di dalam mahkamah sebagai bahan bukti.


Pulau Pinang Sebagai Model Projek Perintis


Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia, Datuk Isham Ishak, "Pulau Pinang akan menjadi model untuk projek perintis tersebut sebelum dibuat secara nasional iaitu diguna pakai ke seluruh negara. Kita akan pastikan usaha bersepadu ini efektif dan mendatangkan impak yang besar, bukan sahaja kepada masyarakat malah mengubah budaya jijik lumba haram ini.




"Selalunya polis dan penguatkuasa JPJ akan berada di lapangan sebelum serbuan dibuat untuk menahan mat rempit yang terlibat dalam perlumbaan haram. Tindakan ini dilihat berbahaya. Oleh itu, kita mengambil pendekatan secara defensif.


"Kita melihat menggunakan reach approach iaitu menggunakan kamera-kamera untuk melihat dan memperoleh gambar suspek yang terlibat sama ada mereka ini penonton atau pelumba haram.


Sekumpulan mat rempit yang pernah ditahan dalam satu operasi pada bulan Mei (Foto: Bernama)


"Selepas itu, polis akan menahan suspek sama ada di rumah atau tempat kerja mereka," katanya pada sidang akhbar di Ibupejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini pada Selasa.


Sumber: Sinar Harian, The Star

Tag:

JPJ
Pulau Pinang
Mat Rempit
polis
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

Saman Menanti, Petugas Kempen Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar

Kempen Punya Pasal, Keselamatan Tolak Tepi? Petugas Akan Disaman Jika Tunggang Motosikal Tanpa Pakai Topi Keledar.

10-07-2026
Berita Auto

Tular Video Gaduh Di Kaunter JPJ: Sebenarnya Palsu & Guna AI

Video Gaduh Di Kaunter JPJ, Hanya Rekaan AI.

08-07-2026
Berita Auto

Ubah Suai Ekstrem Pasang Android Player, Honda C70 Klasik Disita JPJ

JPJ Sita Honda C70 ‘Sarat’ Aksesori Kereta, Cukai Jalan Mati Sejak 2016.

01-07-2026
Berita Auto

Kesalahan Jalan Raya: Kadar Maksimum Kompaun Naik RM500 Mulai 2029

Pemandu Malaysia Ambil Tahu! Ini Perubahan Besar Akta Pengangkutan Jalan Yang Anda Wajib Tahu.

23-06-2026
Berita Auto

JPJ Pertama Buka 7 Hari Seminggu, Buka Sampai 10 Malam di Bandar Tasik Selatan!

JPJ Cawangan Bandar Tasik Selatan (BTS) melakar sejarah apabila menjadi cawangan pertama di negara ini yang beroperasi setiap hari, tujuh hari seminggu.

22-06-2026
Berita Auto

Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ

Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.

19-06-2026
Berita Auto

Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ

Kereta Pusaka Bertukar Tangan Secara Haram, Lelaki Rohingya Ditahan Pandu Kia Sephia Mati Roadtax.

18-06-2026

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026