- Berita
- Tips
- Lesen Mati Lebih 36 Bulan, Kena Ujian Semula

Renew Lesen atau Duduk Semula Ujian? Elak Subsidi RON95 Disekat!
Satu Malaysia dikejutkan dengan pengumuman terbaharu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)iaitu jika lesen memandu anda tamat tempoh melebihi 36 bulan (3 tahun), anda secara automatik tidak lagi layak menerima subsidi petrol bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95).
Tindakan membiarkan lesen "mati" bukan sahaja menyusahkan urusan harian, malah ia membawa implikasi besar kepada keselamatan dan kewangan anda.
1. Risiko "Mati Katak" & Isu Insurans
Memandu dengan lesen tamat tempoh bermaksud anda memandu secara haram. Jika berlaku kemalangan, syarikat insurans berhak menolak tuntutan (claim) anda walaupun cukai jalan (roadtax) dan insurans kenderaan masih aktif. Anda terpaksa menanggung kos kerosakan dan perubatan sendiri yang boleh mencecah puluhan ribu ringgit.
2. Markah Lulus Ujian Teori (KPP01) Kini Lebih Mencabar
Perubahan ujian memandu terkini
Ramai juga tidak sedar bahawa sistem ujian telah berubah:
- Markah lulus lama: 42/70
-
Markah lulus baharu: 56/70
👉 Ini menjadikan ujian lebih ketat berbanding sebelum ini
Nota Penting: Kursus KPP01 (Kurikulum Pendidikan Pemandu) selama 6 jam adalah kursus teori wajib bagi calon lesen memandu baru di Malaysia, yang merangkumi undang-undang jalan raya, pemanduan berhemah, dan keselamatan sebelum menduduki ujian komputer.
Kursus ini biasanya diadakan di institut memandu pada hujung minggu, dan sijil kehadiran diperlukan untuk mengambil ujian teori serta mendapatkan lesen L
Ini pastinya mencabar, terutama bagi golongan berusia yang sudah lama meninggalkan alam pembelajaran teori.
3. Kos Beribu & Masa Terbuang
Jangan biarkan lesen mati lebih 3 tahun. Jika rayuan gagal, anda perlu:
Mendaftar semula di Institut Memandu.
Menghadiri kursus KPP 6 jam.
Menduduki semula ujian litar (KPP02) dan jalan raya (KPP03).
Membayar kos lesen baru yang boleh mencecah RM1,700 - RM3,000 (Harga berdasarkan institut memandu dan negeri).
INFOGRAFIK:

Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

