Link Copiedcheck_circle
Global

Lamborghini Aventador RM1.4 Juta Meletup Dalam Kemalangan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Lamborghini Aventador yang marak terbakar (Foto: YorkshireLive/MEN MEDIA)


Saat-saat menggerunkan ketika sebuah kereta mewah, Lamborghini Aventador meletup selepas berlanggar dengan Mazda CX-5 dirakamkan orang ramai. 


Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku di England ini, Lamborghini bernilai £270,000 (RM 1.4 juta) itu meletup sejurus selepas melanggar Mazda tersebut kemungkinan kerana kereta gagal dikawal akibat kereta dipandu terlalu laju. Dua mangsa yang terbabit dalam kemalangan ini telah dikejarkan ke hospital. 


Kedua-dua mangsa telah dikejarkan ke hospital (Foto: Backgrid)


Dalam usaha menyelamatkan mangsa dan memadamkan kebakaran, beberapa kenderaan pasukan kecemasan terdiri daripada ambulans, polis dan bomba berada di tempat kejadian. Kemalangan ini menyebabkan trafik tidak bergerak sehingga empat jam lamanya sepanjang jalan lebih 9 km. 


Pengguna lebuh raya tersekat dalam trafik sehingga empat jam, sesetengahnya terlepas perlawanan bola Liverpool vs Manchester United yang diadakan pada hari kejadian (Foto: Backgrid)


“Pada pukul 5.11 petang (waktu tempatan), polis mendapat laporan mengenai dua kenderaan yang bertembung di M62 arah barat.


“Dua orang yang berada di dalam Lamborghini tersebut dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Tiada kecederaan lain dilaporkan dan siasatan masih dijalankan.


Video kemalangan yang dikongsikan di Twitter:



“Jalan tersebut ditutup buat masa ini dan pemandu dinasihatkan mengelak daripada melalui kawasan itu,” kata jurucakap Polis Yorkshire Barat.


Sumber: Metro UK, Mirror, Daily Mail

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026
Global

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.

25-02-2026
Global

Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks e-Power facelift (P15) dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Mac ini.

25-02-2026