- Berita
- Global
- Perancis Bagi Hingga RM18K Ganjaran Tukar Kereta Kepada E-Bike
Perancis menggunakan strategi menarik untuk menggalakkan penggunaan basikal elektrik (Foto: Reuters/Benoit Tessie)
Idea inovatif dan efektif, itulah pujian yang boleh diberikan kepada pendekatan yang digunakan negara Perancis untuk menggalakkan rakyatnya menggunakan pengangkutan mesra alam sekitar. The Times melaporkan, negara tersebut menawarkan bayaran sehingga €4,000 (RM 18,002.80) kepada orang ramai yang menukarkan kenderaan mereka untuk membeli basikal elektrik (e-bike).

Jumlah subsidi yang diberikan untuk pembelian basikal biasa dan elektrik bergantung kepada pendapatan dan saiz keluarga.
Bayaran dengan jumlah maksimum €4,000 itu diberikan kepada keluarga berpendapatan rendah yang tinggal di zon bandar dengan kadar emisi karbon rendah.
Subsidi sehingga €400 (RM 1,800.28) pula ditawarkan kepada sesiapa yang ingin membeli basikal elektrik baharu tetapi tidak bersedia untuk ditukarkan dengan kenderaan (boleh cemar alam sekitar) yang dimiliki.
Sesetengah bandar di Perancis sendiri turut menyediakan subsidi basikal elektrik misalnya Majlis Sosialis-Hijau Paris yang menyediakan sehingga €500 (RM 2,250.35) kepada mana-mana penduduk untuk pembelian basikal elektrik.
Subsidi yang pertama kali diperkenalkan tahun lalu telah dinaikkan baru-baru ini selepas pegawai kerajaan negara tersebut melihat kepentingan untuk mengambil langkah lebih proaktif supaya dapat berdiri seiring dengan negara lain yang kini memiliki kadar penggunaan basikal tinggi seperti Belanda, Denmark dan Jerman.
Kerajaan Perancis ingin meningkatkan kadar penukaran daripada kenderaan yang mencemarkan alam kepada yang mesra alam (Foto: AFP)
Kerajaan Perancis menyasarkan untuk mencapai sekurang-kurangnya sembilan peratus penukaran daripada kenderaan biasa kepada basikal menjelang tahun 2024 berbanding hanya tiga peratus yang berjaya dicapai sekarang.
Model polisi ini sebenarnya diambil daripada program yang telah berjaya dijalankan di Lithuania. Negara tersebut memberikan subsidi sehingga €1,000 (RM 4,500.70) kepada mana-mana rakyatnya (yang layak) untuk membeli mana-mana kenderaan elektrik sama ada basikal, skuter, moped, motosikal atau kredit penggunaan pengangkutan awam sebagai ganjaran kepada penukaran kenderaan lama mereka.
Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo (Foto: The Guardian/Ed Alcock)
Namun dalam pelaksanaan di Perancis, negara tersebut bukan hanya mengeluarkan belanja untuk insentif individu, kerana kerajaan ini turut melaburkan sejumlah €250 juta (RM 1,125.18 juta) untuk menjadikan bandarayanya lebih mesra basikal. Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo, berjaya memenangi pilihan raya semula tahun lalu selepas berjanji akan menyediakan laluan selamat untuk basikal sejauh 130 km lagi dalam jangka masa lima tahun akan datang.
Sumber: The Times, Electrek, The Verge
Baca: Boleh Bawa Basikal Naik Komuter
Baca: Bertembung Pihak Berkuasa Semasa Naik Kenderaan Mikromobiliti? Ini Yang Anda Akan Lalui
Baca: E-Skuter Antara 3 Jenis Kenderaan Mikromobiliti Diharamkan Atas Jalan, Kompaun Hingga RM300!
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

