Link Copiedcheck_circle
EV

Lebih 100 Projek Untuk Memajukan Sektor EV Negara Telah Diluluskan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Senator Datuk Lim Ban Hong (Foto: Bernama)


Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengumumkan bahawa sejumlah 111 projek berkaitan pembangunan ekosistem, pengeluaran dan pemasangan kenderaan elektrik (EV) yang membabitkan jumlah pelaburan RM62.4 bilion telah diluluskan.


Timbalan Menterinya, Senator Datuk Lim Ban Hong berkata, ini adalah termasuk pemasangan dan pembuatan alat ganti, automasi dan lain-lain. 


“Malaysia merupakan antara destinasi pilihan pelabur untuk membangunkan ekosistem EV,” ujarnya. 


Volvo Car Malaysia Sdn Bhd, sebuah syarikat dari Sweden, misalnya, telah melabur dalam pemasangan EV di negara ini. 


HQ Volvo (Foto: Glassdoor)


Selain itu, terdapat tiga syarikat Korea Selatan telah melabur dalam sektor sama di negara ini iaitu Samsung SDI Energy Malaysia (untuk mengeluarkan bateri EV), ljin Materials Co dan SK Nexilis, yang menghasilkan kerajang kuprum elektrodeposit untuk EV.



Samsung SDI (Foto: AP)


Lim Lip Eng (PH-Kepong) bertanya kepada kementerian mengenai syarikat Fortune 500 yang telah melabur dalam negara dan mengapa syarikat Tesla Inc milik Elon Musk tidak memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan. 


Elon Musk (Foto: Fortune)


"Mengenai pelaburan Tesla, jika syarikat swasta memilih untuk melabur di Malaysia atau di destinasi lain, ia adalah keputusan komersial yang saya tidak mempunyai kapasiti untuk menjawabnya," kata Ban Hong.


Ujarnya, kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif untuk menarik pelabur terutamanya dalam sektor EV. Antaranya adalah dengan mewujudkan  Pasukan Petugas EV untuk mengukuhkan ekosistem sektor, insentif cukai kepada pengeluar dan pengguna serta sokongan bukan fiskal kepada syarikat yang ingin menceburi pembangunan komponen kritikal. 


“Kami juga telah menubuhkan beberapa pusat kecemerlangan seperti pusat reka bentuk dan akademi teknologi yang terletak di Rawang, Selangor, untuk meningkatkan keupayaan jurutera tempatan dalam penyelidikan dan pembangunan, pengujian dan pembangunan teknologi, terutamanya bagi menyokong ekosistem EV di negara kita,” katanya.


Tambahnya, piawaian berkaitan industri EV seperti sistem pengecasan, pelupusan bateri, pertukaran bateri dan lain-lain juga sedang dibangunkan bagi memastikan sektor itu dapat dibangunkan dengan selamat dan teratur.


Sumber: The Star

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV
Kenapa Nombor Plat EV Lambat Keluar Malaysia?

Kenapa Nombor Plat EV Lambat Keluar Malaysia?

Ada pemilik EV mengadu plat putih lambat siap. Adakah ia masalah sistem, vendor, atau kroni? Ketahui punca sebenar dan apa yang anda perlu buat.

17-04-2026
EV
Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham  EV "Bersuara"

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV
Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV
Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV
4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV
Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV
Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di  Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV
Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026