Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Lelaki Ini Bayar Hutang Dengan Menjual 12 Kereta Yang Disewa

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Ada hutang? Tiada masalah, kereta sewakan ada?


Inilah teknik yang digunakan oleh seorang bekas sarjan tentera di Thailand untuk melangsaikan hutangnya. 



Pesalah ditahan oleh pihak berkuasa (Foto: The PBS World)


Berdasarkan laporan yang dikongsi oleh thethaiger.com, lelaki tersebut didakwa telah menjual sejumlah 12 buah kenderaan yang disewanya kepada pengedar kereta terpakai menggunakan kertas kerja palsu. 


Lelaki tersebut ditahan kinit telah ditahan oleh Jabatan Pembanterasan Jenayah (CSD) dan didakwa dengan pertuduhan  penipuan, pemalsuan serta menggunakan dokumen rasmi palsu.


Dia bekerjasama dengan rakan kongsinya menjual kenderaan berkenaan kepada pengedar kereta terpakai. Kesemua 12 kereta mewah yang disewanya itu dianggarkan bernilai gabungan 76 juta baht (RM9.31 juta). 


“CSD sudah mendapatkan keterangan tiga perkhidmatan kereta sewa yang menjadi mangsa.


“Mereka juga memfailkan aduan selepas kenderaan yang disewa tidak dikembalikan serta lelaki berkenaan gagal dikesan di mana-mana,” jelas laporan itu.


Hasil penyiasatan CSD, suspek dikatakan meneliti pemilikan dan butiran kereta sebelum mendapatkan bantuan rakan kongsi untuk menjadi penjamin supaya dapat mematuhi syarat bagi membolehkannya menyewa kenderaan berkenaan. 


“Mereka kemudian akan menggunakan maklumat itu untuk membuat kertas kerja palsu yang menyenaraikan diri mereka sebagai pemilik bagi membolehkan kereta itu dijual,” jelasnya.


Pesuruhjaya Biro Siasatan Pusat memaklumkan sembilan daripada 12 kereta mewah yang disewa dan dijual itu telah berjaya dirampas kembali. Beberapa buah kereta mewah itu mungkin sudah dijual di pasaran gelap.


Penyiasatan juga sedang dijalankan sama ada pengedar kereta turut terlibat sama dalam kegiatan jenayah ini. 


“Kami juga sedang siasat sama ada mereka mengetahui dokumen itu sebenarnya palsu dan suspek bukan pemilik asal kereta yang dijual kepadanya,” jelasnya.


Jangan lupa! Ikuti Facebook kami, Dunia Kereta, untuk mendapatkan berita terkini automotif.


Sumber: Thai PBS World, Thaiger


Tag:

viral
tular
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Kelab Kereta Singapura Berkonvoi, Halang Semua Laluan Di Jambatan Penang

Kelab Kereta Singapura Berkonvoi, Halang Semua Laluan Di Jambatan Penang

Sekumpulan kereta konvoi BMW dengan nombor pendaftaran Singapura menghalang jalan.

13-06-2023
Berita Auto
[VIDEO] Ngeri! Palang Besi 'Menusuk' Cermin Depan Kereta, Pemandu Nyaris Maut

[VIDEO] Ngeri! Palang Besi 'Menusuk' Cermin Depan Kereta, Pemandu Nyaris Maut

Menyeramkan! Seorang pemandu Perodua Ativa hampir menemui ajal selepas cermin depan keretanya yang dipandunya ‘dicucuk’ oleh palang besi.

15-01-2023
Berita Auto
[VIRAL] Terkejut! Banyak Kereta Disembur Cat, Suspek Rupanya...

[VIRAL] Terkejut! Banyak Kereta Disembur Cat, Suspek Rupanya...

Apabila vandalisme merosakkan bukan kemudahan awam tetapi harta peribadi, kereta.

07-01-2023
Berita Auto
[VIDEO] Ingat Hanya Ada Kereta Berasap Tapi... Rupanya Ada 5 Insiden Berlaku Serentak!

[VIDEO] Ingat Hanya Ada Kereta Berasap Tapi... Rupanya Ada 5 Insiden Berlaku Serentak!

Bukan satu tapi lima insiden berlaku serentak dalam satu rakaman video!

09-12-2022
Berita Auto
[VIDEO] “OKU Parking Tempat OKU Pun Kena Saman?” – Lelaki Ini Tak Puas Hati

[VIDEO] “OKU Parking Tempat OKU Pun Kena Saman?” – Lelaki Ini Tak Puas Hati

Seorang lelaki dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) tertanya-tanya mengapa dirinya disaman.

06-12-2022
Berita Auto
Mangsa Sempat Bergambar Lepas Kemalangan Dengan Myvi Terbalik

Mangsa Sempat Bergambar Lepas Kemalangan Dengan Myvi Terbalik

Kemalangan hingga terbalik kereta! Tetapi yang uniknya, mangsa sempat bergambar dengan kereta untuk dijadikan kenangan.

02-11-2022
Berita Auto
Lebuhraya Dash Ragut Nyawa Pertama, "Hati-Hati Guna Dash, Jalan Terlalu Beralun," - Pengguna Dash

Lebuhraya Dash Ragut Nyawa Pertama, "Hati-Hati Guna Dash, Jalan Terlalu Beralun," - Pengguna Dash

Belum cukup seminggu dibuka, Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) telah meragut nyawa pertamanya.

20-10-2022
Berita Auto
[VIDEO] Pemandu Honda Buat Helah Untuk Elak Bayar Tol

[VIDEO] Pemandu Honda Buat Helah Untuk Elak Bayar Tol

Seorang pemandu kereta Honda Civic yang mementingkan diri sendiri mengekori rapat kenderaan lain.

13-10-2022

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026