Link Copiedcheck_circle
Global

Lelaki Ini Tanam 'Kunci' Kereta Tesla Dalam Badan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Cip 'kunci' dipasang dalam tangan (Foto: Brandon Dalaly)


Kedengaran mengilukan, seorang pemilik Tesla bertindak memasukkan cip ke dalam tangan kanannya untuk memudahkan pintu kereta dibuka.


Pintu kereta mudah dibuka dengan sekali sentuh (Foto: Brandon Dalaly)


Lelaki tersebut, Brandon Dalaly, berkongsi pengalamannya sewaktu memasukkan cip tersebut melalui video yang dikongsikan di Twitter.

 Video tersebut memaparkan seorang penindik badan profesional melakukan implan cip VivoKey Apex di bawah kulit Brandon. Cip yang digunakan dikatakan disalut dengan sejenis bahan bioserasi (biocompatible). Menurutnya, implan cip tersebut membabitkan kos berjumlah USD 400 (RM 1,790.61).

Inilah cip yang dimasukkan ke dalam badannya (Foto: Brandon Dalaly)

Apabila ditanya oleh seorang pengikutnya di Twitter mengenai kenapa dia memilih untuk menanam cip di dalam badannya, dia menjelaskan “Ia dapat memudahkan, kerana pengurusan kuasa [bateri] Bluetooth telefon saya sangat agresif sehinggakan ia tidak selalu [dapat] membuka kunci kereta. Jadi [pemasangan cip] ini membantu dalam keadaan tersebut."


Tangan Brandon dibius sebelum cip dimasukkan (Foto: Brandon Dalaly)


Menurut Brandon, ini bukanlah kali pertama dia memasang implan. Lapor Teslarati, kerana dia turut memiliki cip lain di tangan kirinya yang menyimpan maklumat kontak, perubatan serta kunci rumahnya. 


Brandon merupakan salah seorang daripada kira-kira 100 peserta kajian untuk menguji pemasangan cip badan yang dijalankan oleh syarikat VivoKey. Cip tersebut yang disalut dengan bahan bioserasi akan dilitupi oleh tisu badan selepas implan dilakukan.


Apa pendapat anda tentang pemasangan cip dalam badan? Berani untuk pasang cip sebegini dalam badan anda? Kongsikan pendapat di ruangan komen di bawah.


Sumber: Business Insider, Teslarati


Baca: Trak Elektrik Tesla Dengan Jarak Hampir 1000KM Akan Mula Dihantar Tahun Ini

Baca: Supercharger Tesla "Haram" Di Jerman, Ini Puncanya

Baca: "Hasilkan EV Di Indonesia, Bukan Hanya Bateri," Jokowi Gesa Tesla


Tag:

Tesla
Brandon Dalaly
mikrocip
cip
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

12-08-2025
EV

10-07-2025
Global

25-06-2025
EV

10-06-2025
Teknologi
Global

05-05-2025
Global

15-04-2025

Berita Terkini

Global

Volvo EX90 2026 Didedahkan – Sistem Jauh Lebih Canggih

Syarikat automotif Sweden, Volvo, mengumumkan versi terbaru bagi SUV elektrik andalannya (flagship), EX90, versi keluaran 2026

24-09-2025
Global

BMW iX5 Hydrogen Didedahkan – Tiba 2028 Nanti

BMW kini sedang giat membangunkan X5 generasi terbaru, dan semalam syarikat automotif Jerman ini mengumumkan bahawa model itu nanti bakal tiba dalam versi trenkuasa hidrogen, BMW iX5 Hydrogen.

23-09-2025
Global

EV smart #5 Raih Euro NCAP 5 Bintang – Tiba Di Malaysia Dalam Masa Terdekat

smart #5 kini mencuri perhatian dunia apabila berjaya menerima penarafan penuh lima bintang dalam ujian keselamatan di bawah Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).

23-09-2025
Global

Didedah: Imej Rasmi Geely Emgrand Generasi Kelima Didedah Di China

Pengeluar automotif gergasi, Geely telah menyiarkan imej Geely Emgrand generasi kelima di China, baru-baru ini.

22-09-2025
Global

Toyota GR Corolla 2025 Di Jepun Dinaik Taraf, Buatkan Ia Kini Tampil Lebih Padu

Toyota GR Corolla 2025 untuk pasaran Jepun dilaporkan menerima beberapa pengemaskinian terbaharu .

19-09-2025
Global

Proton e.MAS 7 Dilancar Di Singapura, Harga Bermula Daripada RM577K

Proton kini kembali ke Singapura dengan melancarkan secara rasminya model EV pertamanya, e.MAS 7, pagi tadi.

18-09-2025
Global

Ini Dia Model Kia Paling Mewah, Bukan SUV Atau EV Tetapi Cuma MPV

Kia Carnival Hi-Limousine yang cukup mewah ini dikatakan mampu menewaskan Toyota Vellfire serta Alphard dan Lexus LM.

17-09-2025
Global

Geely EX5 Terlebih Dahulu Masuk Pasaran UK Bulan Depan, Apa Pula Nasib Proton e.MAS 7?

Geely EX5 EV SUV iaitu kembar kepada Proton e.MAS 7 akan dilancarkan secara rasmi di pasaran UK pada bulan depan.

17-09-2025