Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Mercedes-Benz C-Class Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM287K

Suhana Veru

Kongsi melalui


Setelah pelancaran Mercedes -Benz C-Class pada awal tahun ini, Mercedes-Benz Malaysia hari ini memperkenalkan pula Mercedes-Benz C-Class versi pemasangan tempatan (CKD).

Ia yang dipasang di kilang produksi Mercedes-Benz di Pekan, Pahang didapati dalam dua varian iaitu C 200 Avantgarde Line dan C 300 AMG Line.

Kedua-dua varian ini pada harga RM287,888 dan RM327,888, termasuk 10 peratus cukai jualan bagi Semenanjung Malaysia sahaja.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia, Sagree Sardien, berkata C-Class telah menjadi model terlaris syarikat automotif itu sehingga kini.

“Sejak diperkenalkan sebagai 190, lebih 10.5 juta Mercedes-Benz C-Class telah dihantar ke seluruh dunia dan pihaknya yakin C-Class CKD baharu itu akan diterima baik oleh pelanggan.

"Kami teruja dan yakin untuk meneruskan kisah kejayaan model terlaris di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

PRESTASI ENJIN:

Varian  C 200 Avantgarde Line: dikuasakan dengan1.5 liter turbo yang mampu menghamburkan 204 hp @ 5,800 - 6,100 rpm, daya kilas 300 Nm @ 1,800 - 4,000 rpm.

Ia dipadankan dengan motor elektrik 15 kW/200 Nm, transmisi 9G-TRONIC, sistem suspensi Agility Control, mod pemanduan Dynamic Select serta bantuan Integrated Starter Generator (ISG).

Varian C 300 AMG Line: enjin 2.0 liter turbo, 258 hp @ 5,800 rpm, daya kilas 400 Nm @ 2,000 - 3,200 rpm, motor elektrik 15 kW/200 Nm. 

Digandingkan dengan padanan transmisi yang sama beserta ISG, serta suspensi Agility Control dengan sistem peredam selektif.

DAYA PECUTAN:

Dikhabarkan daya pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 7.3 saat (6 saat untuk C 300) sementara kelajuan tertinggi pula dihadkan kepada 250 kilometer sejam.

CIRI-CIRI LUARAN:

Jika anda meneliti dengan lebih dekat, kedua-dua varian ini terdapat beberapa perbezaan yang cukup ketara.

Misalnya, varian C 200 kekal dengan rim 18 inci dan trim Avantgarde manakala, varian C 300 pula hadir dengan  trim AMG Line bersama rim 19 inci dimana ia tampak lebih sporty.

Malah, C 300 juga dilengkapi dengan bumbung panorama, lampu LED High Performance, Bantuan Suluhan Tinggi Adaptif dan dihiasi dengan  jeriji hadapan dengan elemen bintang.


CIRI-CIRI DALAMAN:

Menjengah ruangan dalamannya, penulis mendapati ia membawakan elemen S-Class.

Ini kerana jentera baharu ini dilengkapi dengan:

Skrin tengah bersaiz 11.9 inci 

Sistem operasi MBUX 

Sokongan MBUX Navigation Premium

Ada skrin kluster digital 12.3 inci

Apa yang cukup menarik, ia hadir dengan ciri-ciri yang agak moden.

Apa tidaknya, ia hadir dengan pengimbas cap jari, pengecasan peranti nirwayar, sistem pencahayaan ambien dan integrasi peranti pintar.

Untuk info, Mercedes-Benz turut menawarkan Pelan Pembiayaan Step Up Agility yang direka bentuk dengan mengambil kira keperluan pemanduan utama pelanggan.

Pelan itu  bermula daripada RM 2,388 sebulan untuk Mercedes-Benz C 200 dan RM 2,888 sebulan untuk Mercedes-Benz C 300.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026