Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Mitsubishi Motors Malaysia Buka Pusat 3S Baharu di Rawang

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Cawangan 3S baharu Mitsubishi Motors di Rawang


Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) bersama-sama dengan rakan pengedar, Lofty Ambition (Rawang) Sdn Bhd telah mengumumkan pembukaan pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) di Rawang, Selangor.


Menurut MMM ini merupakan cawangan Mitsubishi yang keempat dibuka dibawah Lofty Ambition Sdn Bhd yang turut menguruskan operasi cawangan di tiga pusat pengedar lain iaitu Ipoh, Taiping dan Sitiawan. 


Cawangan ini merupakan pembukaan pusat pengedar Mitsubishi yang ke-16 di Lembah Klang. 


Fasiliti berkeluasan 4,000 kaki persegi ini terletak di Pusat Perniagaan Rawang Millenium yang boleh diakses dengan mudah melalui lebuh raya PLUS. Pusat 3S terbaharu ini menampilkan identiti korporat visual terkini Mitsubishi Motor yang selaras dengan slogan global syarikat ‘Drive Your Ambition.’



Ketua Pengedar Lofty Ambition Rawang, Sam Chang bersama CEO MMM, Shinya Ikeda

Selain sebuah pusat servis yang lengkap dengan teknologi terkini, pusat 3S ini turut menyediakan ruang rehat dengan sambungan Wifi demi keselesaan pelanggan. 


“Bilik pameran baharu kami [disediakan] untuk memberikan perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan di Lembah Klang kerana kami melihat potensi besar untuk pertumbuhan perniagaan, terutamanya bagi trak pikap Triton dan crossover 7 tempat duduk XPANDER,” kata Ketua Pegawai Operasi MMM, Shinya Ikeda. 


Waktu operasinya ialah dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang dari hari Isnin hingga Sabtu, dan dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang pada hari Ahad.


Baca: Triton Phantom Plus Edition Lebih Buas, Terhad 1,000 Unit Sahaja

Baca: Jualan Mitsubishi Naik 66%



Tag:

Mitsubishi Motors Malaysia
Mitsubishi Xpander
Mitsubishi Triton
MMM
3S centre
Rawang
Pusat 3S
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Proton X50 vs Mitsubishi XForce: Dua SUV Kompak, Satu Pilihan Sukar

Nak beli SUV kompak baru? Jangan tengok X50 atau Xforce sebelum baca Ini!

08-04-2026
Berita Auto

Ini Dia Mitsubishi Pajero Gen Kelima, Masih Samar

Imej teaser Mitsubishi Pajero disiarkan, baru-baru ini.

07-01-2026
Kereta Baru

Kelibat Mitsubishi XForce Dikesan Di Shah Alam, Maknanya Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi!

Mitsubishi XForce akhirnya telah selamat mendarat di Malaysia apabila beberapa imej menunjukkan SUV kompak segmen B itu diturunkan dari sebuah lori pengangkut di Shah Alam, Selangor.

05-01-2026
Berita Auto

Mitsubishi Anjur Cabaran Red Peak Tetapi Di Kuching

MMM bakal menganjurkan Red Peak Challenge di Farley Mall, Kuching pada hujung minggu ini.

21-08-2025
Berita Auto

Mitsubishi bersama Millennium Autohaus Sdn Bhd Buka Pusat 3S Di Kajang

MMM bersama Millennium Autohaus telah membuka pusat 3S terbaharu mereka di Kajang, Selangor, baru-baru ini.

28-04-2025
Berita Auto

Mitsubishi bersama MN Wheels Buka Lagi Pusat 3S Di Selangor

Pusat 3S itu terletak di No 4, Jalan Gangsa, Kawasan Perindustrian Teluk Panglima Garang, 42500 Teluk Panglima Garang, Selangor.

22-04-2025
Berita Auto

Mitsubishi Anjur Drive Your Ambition, Ada Test Drive Triton

Acara Drive Your Ambition akan diadakan di ParkCity Eastwood, Miri, Sarawak.

13-01-2025
Berita Auto

KLIMS 2024: Mitsubishi Motors Tayang Aksesori Asli Untuk Triton, Xpander Facelift

MMM mempamerkan barisan aksesori tulen untuk dua model baharunya ,Triton generasi baharu dan Xpander.facelift di KLIMS 2024.

05-12-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026