Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kereta Yang Dinaiki Bekas PM, Hyundai Santa Fe Jadi Bahan Bualan Netizen

Suhana Veru

Kongsi melalui


Semalam, kenderaan utiliti sukan (SUV) Hyundai Santa Fe menjadi topik bualan apabila kenderaan itu digunakan untuk membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Penjara Kajang.

Rata-rata pengguna media sosial meninggalkan pelbagai reaksi berhubung penggunaan jentera itu.

Beberapa gambar yang dimuat naik ke internet menunjukkan kereta yang dinaiki Najib diiringi sebuah Volvo XC90 berwarna hitam.

“Gamak depa bawak Ex-PM naik Santa Fe lama, tapi escort belakang naik XC90,” komen seorang pengguna media sosial.

Seorang pengguna Facebook pula berkata:

“Jadilah, dari naik van silver,” tulisnya.


Semua rakyat yang mengikuti rapat kes berprofil tinggi itu  dari mula pasti maklum mantan Perdana Menteri keenam itu telah melalui proses perbicaraan yang bukan sahaja rumit tetapi juga memakan masa.

Selepas didakwa melakukan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana milik SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM42 juta, Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya sah ke penjara.

Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atasnya.

Beliau yang dibawa dengan SUV berwarna hitam itu, tiba di penjara yang terletak di Sungai Jelok, Kajang sekitar 6.47 petang semalam.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Berita Auto
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026