Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Mungkinkah Ini Imej Paten EV Volvo XC90?

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Gempar! Beberapa foto paten yang dipercayai sebagai Volvo XC90 generasi terbaharu tersebar dalam sebuah forum Eropah, Worldscoop.


Spekulasi Nama Rasmi Model Ini


Namun begitu, nama rasmi model bagi imej yang dikongsikan ini masih belum didedahkan. Tetapi ada kemungkinan Volvo akan menamakan model ini sebagai Embla, nama yang telah ditanda dagang pada Oktober tahun lalu. Tambahan lagi, Toyota sebelum ini dilaporkan merancang untuk menghentikan penggunaan abjad angka (alphanumeric) sebagai nama model pada masa akan datang.


Dalam masa yang sama, Volvo turut memfailkan permohonan dengan European Union Intellectual Property Office (EUIPO) untuk mendapatkan hak bagi nama “EXC90,” sekaligus menandakan model baharu yang bakal dikeluarkan ini adalah sebuah kenderaan elektrik (EV). 



EXC90, nama yang telah ditanda dagang (Sumber: EUIPO)



Dari segi rekaan, pada bahagian depan, model ini dilihat menggunakan lampu depan yang lebih halus dengan DRL Thor Volvo. Gril kereta pula diapit oleh vent tepi yang menegak. Tidak begitu banyak perincian yang dapat dilihat pada bahagian gril berdasarkan imej paten yang dikongsikan. 






Begerak ke sudut belakang, lampu belakang yang digunakan kelihatan hampir sama dengan model konsep Recharge, sebuah kenderaan yang menurut Volvo “mewakili manifesto masa depan elektrik penuh Volvo Cars.” 




Info Tambahan Volvo XC90


Untuk pengetahuan pembaca, Volvo XC90 generasi kedua telah berada di pasaran sejak 2015 lagi dan menerima facelift pada tahun 2019. Tahun lepas, Volvo mengumumkan bahawa XC90 elektrik bakal tiba pada tahun 2022. 


Namun, isu dengan rantaian bekalan telah menyebabkan kelewatan. Tetapi masih ada beberapa bulan sahaja lagi sebelum tahun 2022 melabuhkan tirainya. Apakah pendapat anda? Dapatkah Volvo merealisasikan perancangan ini?


Sumber: Motor1, Worldscoop Forum, EUPIO


Baca: Polisi Cuti Bersalin Selama 24 Minggu Dengan Bergaji


Baca: Kolaborasi Volvo Dan Pencipta Game Fortnite Hasilkan Paparan Fotorealistik Dalam EV Akan Datang!


Baca: Nasib Pesara Tentera Yang Tinggal Dalam Volvo Tua Sejak 20 Tahun Lalu Berubah


Tag:

Volvo XC90
Volvo Cars
Volvo XC
imej paten
Embla
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Pandu Uji

08-03-2026
Global

07-07-2025
Kereta Baru

03-03-2025
EV

10-02-2025
Global

05-09-2024
Global

22-08-2024
Global

09-01-2024
Video

14-08-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Chery Buka Bilik Pameran Butik Gen-4 Pertama Di Pavilion Bukit Jalil

Chery Malaysia membuka pusat pameran butik yang terletak di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

18-05-2026
Berita Auto

Jangan Lalu Atas Garisan Hitam Ini

Penunggang motor dedah ‘Garisan Hitam’ di susur keluar MEX jadi perangkap maut waktu hujan.

18-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

Isu Klasifikasi Baharu 'T15/T20' Hangat Diperkatakan, Ini Penjelasan Sebenar Menteri Kewangan II

Kecoh isu minyak untuk T20, kerajaan tampil beri jawapan sebenar!

18-05-2026
Berita Auto

Awas Taktik ‘Kereta Cikgu’! 130,000 Kereta Terpakai Rupanya Bekas Eksiden, Meter Pula Kena Putar

Hampir 50% Kereta Terpakai Ada Unsur Tipu: Macam Mana Nak Elak Daripada Terkena?

18-05-2026
Berita Auto

LRT Kelana Jaya Meragam Lagi, Ribuan Pengguna Terkandas

Penumpang disarankan menggunakan laluan alternatif lain.

18-05-2026
Berita Auto

Gaji RM2k Tapi Idam Honda RM85k: Ejen Kereta Dedah Silap Besar Anak Muda Baru Habis Rekrut!

Biar Papa Asal Bergaya? Tren Anak Muda Baru Kerja Terus Nak Angkat Honda, Bikin Ejen Kereta Risau!

15-05-2026
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026