Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Proton Exora Ada 2 Varian, Harga Bermula RM62K

Suhana Veru

Kongsi melalui


Selepas satu, dua teaser, Proton akhirnya melancarkan Proton Exora 2023 yang ditawarkan pada harga bermula RM62,800.

Jentera yang dilancarkan di PROTON KEB Auto Sdn Bhd TTDI Kajang, Selangor, didatangkan dengan dua varian:

1. 1.6T Executive CVT (RM62,800 )

2. 1.6T Premium CVT (RM69,800)

Ia boleh didapati dalam lima warna yang pilihan iaitu Snow White, Indiana Grey, Rosewood Maroon, Ruby Red & Cocoa Grey.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah, berkata Proton Exora, MPV buatan Malaysia pertama yang telah direka dan dibina dengan memikirkan keperluan rakyat Malaysia.

"Kemas kini terbaru pada Proton Exora 2023 adalah produk terkemuka dalam kelasnya selain membuatkan ia lebih baik untuk semua pemandu dan juga penumpang, merentasi pelbagai aplikasi dengan fokus untuk mengukuhkan ciri kuasa, ruang dan nilai.

"Dengan lebih 180,000 unit terjual sepanjang 13 tahun, Proton Exora adalah MPV segmen C dengan penjualan terbaik setakat ini, sehingga hari ini masih mengekalkan kedudukannya," katanya dalam satu kenyataan.


Berikut adalah perincian terbaharu Proton Exora 2023:

Lampu LED cahaya siang,

Roda aloi 16 inci dalam kemasan dwi-tona

Skirting' sisi dan 'spoiler' belakang (varian premium)

Bumbung hitam dengan hiasan belakang berwarna hitam 

7 tempat duduk dibalut kulit

Stereng pelbagai fungsi yang dibaluti kulit

Tempat letak tangan bahagian pemandu 

Setiap barisan tempat duduk dilengkapi dengan penghawa dingin individu

Penapis Kabin N95

Sistem infotainmen dengan monitor skrin sentuh tujuh inci

Perintah Suara 'Hi PROTON' (varian tinggi)

Navigasi dalam talian (varian tinggi)

Penstriman muzik (varian tinggi)

Ramalan cuaca

4G, Wi-Fi (varian tinggi)

4 pembesar suara 

Cermin sisi lipat secara manual

Head unit biasa dengan sambungan Bluetooth 


PRESTASI

Proton Exora 2023 didatangkan dengan enjin pengecas turbo 1.6 liter yang dipasangkan dengan transmisi CVT, yang menjana kuasa 140PS dan tork 205Nm.

CIRI-CIRI KESELAMATAN

2 beg udara SRS hadapan

Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)

Pengagihan Brek Elektronik (EBD)

Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) 

Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS)

Kamera undur (varian premium)

Sensor parkir belakang

Proton Exora 2023 kini telah dibuka untuk tempahan dalam talian dan di pusat pameran PROTON yang sah.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026