Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tahniah PROTON! X50 Laku Teruk Bulan Lepas

Suhana Veru

Kongsi melalui

Nampaknya, ramai betul peminat Proton X50!

Mana tidaknya, pengeluar kereta nasional PROTON mendakwa pihaknya mencipta sejarah tersendiri kerana X50 mencatat rekod jumlah jualan bulanan baharu sekali gus merangkul gelaran kenderaan terlaris di Malaysia bagi bulan Julai tahun ini.


Tahniah Proton!

Gara-gara jualan terbaiknya pada bulan Jun, Proton X50 terus memecahkan rekod apabila PROTON berjaya melakukan penghantaran dengan begitu pantas.

Seperti mana yang diketahui, bulan Jun merupakan bulan yang agak sibuk buat semua pemain industri automotif kerana mahu mengumpul tempahan kereta sebelum berakhirnya pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).


Sebaik melangkah masuk ke bulan Julai permintaan pasaran jatuh ke paras normal. 

“Oleh itu tumpuan telah diberikan untuk memenuhi tempahan yang telah diterima PROTON tidak terkecuali dan dengan keadaan bekalan komponen semakin baik, kami dapat menunjukkan potensi jualan sebenar menerusi Proton X50.

“Syarikat amat berbangga dengan model Proton X50 yang menjadi SUV pertama yang dinobatkan sebagai kenderaan terlaris di Malaysia dan kami berterima kasih atas sokongan pelanggan,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON, Roslan  Abdullah.


Berdasarkan tempahan yang diperoleh, sebanyak 4,763 unit X50  didaftarkan pada bulan lalu sekali gus menjadi tanda aras baharu untuk jualan SUV di negara ini.

Selain X50, permintaan terhadap Proton X70 2022 turut meningkat apabila sebanyak 1,704 unit

telah didaftarkan pada bulan lepas.

Ini bermakna, PROTON kekal di tangga teratas untuk SUV segmen C dan melonjakkan jumlah keseluruhan SUV PROTON melepasi 31,500 unit untuk tujuh bulan pertama bagi tahun 2022.

Selain X50, X70, model Proton yang lain juga menjadi pujaan rakyat Malaysia.

Berikut adalah perinciannya:


MODEL UNIT TERJUAL JUMLAH JUALAN 

PENCAPAIAN JUALAN JULAI Saga

Saga 4,521 
28,005Jualan tertinggi sedan segmen-A
Persona 57,016Tidak berkenaan
Exora4762,424Jualan Tertinggi MPV segmen-c
Iriz82,551Tidak berkenaan
X701,70410,860Jualan tertinggi SUV segmen-C
X504,76320,745Jualan tertinggi SUV segmen -B
JUMLAH KESELURUHAN11,47771,601

Lebih menarik, dengan  jualan 380 unit pada bulan Julai, eksport bagi tahun 2022 telah meningkat kepada 3,102 unit dan ini melepasi 3,018 unit jualan eksport bagi keseluruhan tahun lepas. 

Prestasi yang cukup memberangsangkan ini sekali gus menjadikan PROTON sebagai pengeksport kenderaan utama di Malaysia dan meletakkan syarikat dalam kedudukan yang kukuh untuk membantu meningkatkan imbangan dagangan. 

Apapun, Proton Saga, Proton X70 dan Proton X50 kekal sebagai model eksport utama dengan Proton X50 mencapai jualan eksport tertinggi baharu sebanyak 126 unit.



Tag:

Proton X50
Proton X70
Proton Saga
Proton Malaysia
Proton Exora
Proton Iriz
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Hati-Hati Tukar Tayar Di Tepi Jalan: Terbaharu Seorang Wanita Maut Ketika Tukar Tayar Kereta

Seorang wanita berusia 31 tahuh maut selepas dilanggar lori ketika sedang menukar tayar kereta di Seremban, pagi tadi.

19-11-2025
Berita Auto

Pemilik Proton X50 Berpeluang Nikmati Tol Percuma Selama 3 Bulan, Hanya Perlu Sertai Kempen

Pemilik Proton X50 berpeluang menikmati tol percuma bernilai sehingga RM500 selama tiga bulan dengan menyertai kempen baharu bertemakan “Roar Forward, Ride Freedom.

18-11-2025
Berita Auto

15,575 Kereta Proton Terjual Okt 2025, Proton Saga Paling Laku

Jualan kereta jenama Proton sekali lagi melonjak apabila berjaya menjual sebanyak 15,575 unit pada bulan lepas manakala Proton Saga meraih jualan tertinggi dalam 12 tahun.

10-11-2025
Berita Auto

Lebih 5,000 Unit Proton X50 Facelift Sampai Ke Tangan Pelanggan Dalam 40 Hari

Sejak dilancarkan pada Julai tahun ini, Proton X50 2025 edisi terbaru telah mencuri perhatian rakyat Malaysia, dengan lebih 5,000 unit berjaya diserahkan dalam tempoh hanya 40 hari.

10-10-2025
Berita Auto

Proton Catat Jualan Kukuh Suku Ketiga Sebab Proton X50 Laku Keras

Jualan Proton kukuh pada suku ketiga tahun ini apabila sebanyak 13,395 unit (domestik + eksport) unit terjual pada September lepas.

03-10-2025
Berita Auto

Rekod Cemerlang: Proton Rekod Jualan Tertinggi Dalam 36 Bulan, Lepas 100,000 Unit Untuk Tahun Ini

PROTON mencatat prestasi jualan terbaik dalam tempoh 36 bulan apabila berjaya menjualsebanyak 15,228 unit (Domestik + Eksport) pada bulan Ogos 2025.

11-09-2025
Berita Auto

Proton, Touch N Go Jalin Kerjasama, Maka Semua Proton X50 Facelift 2025 DIpasang Dengan RFID

PROTON dan Touch ‘n Go Sdn. Bhd. menjalinkan kerjasama untuk memasang teknologi RFID Touch ‘n Go ke dalam Proton X50 Facelift 2025 yang dilancarkan Julai lalu.

13-08-2025
Berita Auto

Jualan Proton Melonjak Semula, 13,518 Unit Terjual Bulan Lepas

Proton merekodkan jualan sebanyak 13,518 unit pada bulan lepas.

12-08-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Tiada Cukai Jalan, Insurans, JPJ Tidak Akan Kompromi Dengan Sesiapa!

JPJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang yang memandu kenderaan tanpa perlindungan insurans dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) sah.

17-12-2025
Berita Auto

Pelarasan Harga Pas Perjalanan Rapid KL Mulai 1 Januari 2026

Harga beberapa pas perjalanan Rapid KL akan diselaraskan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.

16-12-2025
Berita Auto

OMODA | JAECOO Buat Promosi – Bukan Sekadar Diskaun, Jimat Cecah RM14,000!

Menjelang penutupan tirai tahun 2025, OMODA | JAECOO Malaysia ingin ‘memanjakan’ bakal pembeli SUV dengan pelancaran kempen 'Season of Rewards'.

16-12-2025
Berita Auto

Denza Laku Keras, Lebih 1,000 Unit Denza D9 Telah Dihantar Kepada Pelanggan

Denza mencatatkan pencapaian bermakna apabila 1,002 unit Denza D9 telah dihantar kepada pelanggan.

16-12-2025
Berita Auto

Kenderaan Berat Dilarang Guna Jambatan Angkat, Ada Sebabnya!

Bermula 1 Januari depan, kenderaan berat seperti lori, treler serta bas pelancong tidak lagi dibenar menggunakan Jambatan Angkat Kuala Terengganu.

16-12-2025
Berita Auto

Bahana Ambil Telefon Bimbit Terjatuh, Kereta Dipandu Masuk Parit

Tindakan seorang peniaga mengambil telefon bimbitnya yang terjatuh ke bawah kerusi ketika memandu mengundang padah apabila keretanya yang dipandunya masuk parit.

16-12-2025
Berita Auto

Porsche 911 Turbo, BMW 420i Antara Disita Sebab Tak Bayar Duti Eksais

Lima buah kenderaan termasuk Porsche 911 turbo S yang disembunyikan dalam gudang berlesen selama tiga bulan gara-gara enggan mahu membayar duti eksais akhirnya disita kastam.

15-12-2025
Berita Auto

Dalam 11 Bulan, 39,259 Kemalangan Direkod Di Perak

Sebanyak 39,259 kes kemalangan direkodkan di Perak sepanjang tempoh 11 bulan sejak Januari tahun ini.

15-12-2025