Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Tiguan Allspace Life Sesuai Untuk Pasangan Muda, Luas, Harga Pun Berbaloi

Suhana Veru

Kongsi melalui

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan sebuah lagi kenderaan utiliti sukan (SUV), Tiguan Allspace Life serba baharu.

Ia yang cuma ditawarkan pada harga RM172,990 sekali gus melengkapkan pengenalan tiga model Tiguan Allspace di Malaysia.


Tahukah anda, sebagai sebuah model asas dalam siri SUV berkenaan, Life padat dengan ciri-ciri  yang cukup menarik menjadikannya sebuah SUV moden.

Sebagai sebuah model asas dalam siri SUV berkenaan, jentera ini pasti akan menawan hati peminatnya.


Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, pihaknya bangga kerana dapat memperkenalkan  satu lagi model pemasangan tempatan di Pekan, Pahang.

“Tiguan Allspace memainkan peranan penting dalam portfolio kami. Jadi, kami berbangga untuk menawarkan rangkaian sepenuhnya ke Malaysia.

“Penawaran SUV berprestasi tinggi ini akan memberikan nilai terbaik kepada pelanggan. Ia juga boleh menjadi pilihan ideal untuk pasangan muda yang ingin membeli kenderaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, mungkin anda tertanya-tanya mengenai kelebihan Tiguan Allspace Life ini? 


Berikut adalah perinciannya:

Ruang dalaman yang cukup luas

konfigurasi tujuh tempat duduk

Ruang but 1,775 liter

Rekaan yang tajam/dinamik

Gril hadapan dengan jalur lampu membuatkannya ia menjadi rekaan signatur Volkswagen

Perumah cermin sisi berwarna perak

Tertera perkataan ‘Tiguan’ di bahagian belakang

Rim aloi Frankfurt bersaiz 18 inci

Antara ciri standard ialah:

Infotainmen Discover Pro bersaiz 9.2” 

Ada ketersambungan aplikasi tanpa wayar

Sistem navigasi

Kawalan suara

Pendingin hawa Climatronic 3 zon 

Stereng sporty multi-fungsi dibalut kulit


Prestasi Enjin:

Enjin turbo 1.4TSI 

150PS dan tork 250Nm

Kotak gear DSG 6-kelajuan

Penjimatan bahan api sekitar 7.7l/100km

Bagi urusan tempahan dan pandu uji, ia boleh dibuat di semua pengedar sah Volkswagen di seluruh negara. 

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.volkswagen.com.my/.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Kereta Baru

Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000

Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.

22-05-2026
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'

Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.

22-05-2026
Kereta Baru

RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup

GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.

21-05-2026
Kereta Baru

DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k

Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.

21-05-2026
Kereta Baru

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026
Kereta Baru

Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?

Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.

14-05-2026
Kereta Baru

Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.

13-05-2026
Kereta Baru