Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

[FOTO] Aptera Dedahkan Prototaip EV Solar, Gamma, Sudah Terima 32K Tempahan!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

CEO Aptera, Steve Fambro dan Chris Anthony (Foto: Aptera)

Aptera, sebuah syarikat startup yang berpangkalan di California Selatan baru sahaja mendedahkan prototaip kenderaan elektrik solar (SEV), Gamma ketika acara Fully Charged Live yang diadakan di San Diego, Amerika Syarikat. 


SEV ini pertama kali diperkenalkan pada penghujung tahun 2020 sebelum diikuti oleh pembangunan tiga versi “alfa” yang lain. Pada awal tahun 2022 baru-baru ini, SEV ini tampil dengan versi beta yang telah berjaya mengalahkan Tesla Model 3 dan Audi R8 GT Spyder dalam satu perlumbaan. Satu pencapaian yang dahsyat untuk sebuah syarikat baharu!


Tanpa membuang masa, Aptera kini muncul lagi dengan versi yang lebih canggih, Gamma. Foto-foto berikut menunjukkan reka bentuk keseluruhan kereta ini, di luar dan dalam:



Prototaip Gamma dari setiap sudut (Sumber foto: Electrek)


Menurut Aptera, prototaip Gamma akan diikuti oleh Delta tidak lama lagi, versi tersebut bakal menjadi rekaan yang akan diketengahkan untuk pengeluaran SEV ini yang dirancang akan dimulakan pada tahun 2023 nanti. 


Baca: Lightyear 0: Kereta Ini Guna Tenaga Solar 100%, Capai 11,000KM Setahun!


Dijual pada harga bermula AS$25,900 dengan bateri menawarkan jarak perjalanan sehingga 250 batu (​​402.34 km), Aptera telah menerima lebih daripada 32,000 tempahan! 


Berikut adalah senarai harga yang dipaparkan dalam laman web Aptera:


Senarai harga SEV Aptera (Sumber: Laman web rasmi Aptera)


Berapa kali pengguna kereta keluaran Aptera perlu mengecas SEV? Cukup menarik teknik yang digunakan, di bawah menunjukkan tangkapan skrin pada salah satu bahagian dalam laman web Aptera:



Zon solar setiap negara (Sumber: Laman web rasmi Aptera)


Di sini orang ramai boleh memilih zon solar negara masing-masing untuk melihat anggaran pengecasan yang diperlukan setiap tahun berdasarkan kepanasan matahari negara dan juga jarak perjalanan yang sering dilalui setiap hari. Siapa tak tertarik apabila teknik ini digunakan syarikat? 


Apa pendapat anda tentang SEV? Agaknya berapa lama kita perlu tunggu untuk teknologi ini sampai ke Malaysia?


Baca: EV Bertenaga Solar, Sion, Terima Lebih 32K Tempahan! Pengeluaran Mula 2023


Baca: SEV Sion: Kereta Solar Yang Bakal Dijual Kepada Orang Ramai, Pengeluaran Bermula Tahun 2023

Tag:

SEV
EV Solar
Gamma
Aptera
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

14-09-2022
Global

09-09-2022
Berita Auto
EV

14-09-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Lagi Berita Baik Untuk Rakyat Malaysia, WCE Banting-Gelang Patah Siap Hujung Tahun Ini

Ia adalah laluan alternatif kepada Lebuhraya Utara–Selatan (E2) yang sering mengalami kesesakan terutamanya pada musim perayaan dan hujung minggu.

08-08-2025
Berita Auto

Syarikat Upah Warga Asing Pandu Kenderaan Perdagangan, Ramai Tiada Lesen GDL

JPJ merekodkan sebanyak 17,347 kesalahan yang membabitkan pemandu kenderaan perdagangan warga asing bagi tempoh 2021 hingga Julai lepas.

08-08-2025
Berita Auto

Kereta Mewah Disita, Perbaharui Cukai Jalan, Insurans Dulu Sebelum Bayar Kompaun

Pemilik kenderaan mewah perlu memperbaharui cukai jalan dan insurans bagi kenderaan mereka yang disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

08-08-2025
Berita Auto

Prasarana Rancang Pasang Pintu Penghadang Di Platform LRT, Elak Insiden Jatuh

Untuk mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berulang, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) kini sedang merancang untuk memasang pintu keselamatan di platform stesen Transit Aliran Ringan (LRT) lama.

08-08-2025
Berita Auto

Sistem Tol Tanpa Henti (ANPR) Akan Dilaksana, Jangan Risau, Tiada Caj Dikenakan

Sistem pembayaran terbuka tol menggunakan teknologi Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR), akan dilaksanakan secara berperingkat di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula Oktober ini.

07-08-2025
Berita Auto

SAH! Fasa 1 ECRL Siap Tepat Disember 2026

Jajaran ECRL Fasa 1 dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak akan disiapkan menjelang Disember 2026.

07-08-2025
Berita Auto

UMW Toyota Jual Hampir 9,000 Unit Pada Julai 2025, Umum Kempen Bulan Kemerdekaan

UMWT mengumumkan pencapaian jualan pada Julai 2025 yang cukup memberangsangkan iaitu mencecah 8,877 unit kenderaan.

07-08-2025
Berita Auto

Tiada Lampu Jalan: Punca Kemalangan Di Jalan Persekutuan

KKR merekodkan 2,184 kes kemalangan di Jalan Persekutuan.

07-08-2025