Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Mercedes-Benz Malaysia, Montfort Boys Town Meterai MoU, Perkukuh Kemahiran Belia Melalui Program Perantisan

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Mercedes-Benz Malaysia dan Montfort Boys Town


Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Montfort Boys Town, Khamis lalu. Perjanjian yang berlangsung selama dua tahun ini bermatlamat untuk memupuk dan mengembangkan bakat belia tempatan melalui Advanced Modern Apprenticeship Programme.


“Kolaborasi ini bakal mendedahkan pelajar kepada kemahiran sosial dan organisasi yang akan memacu kecemerlangan perkhidmatan berlandaskan [standard] Mercedes-Benz,” ujar Presiden dan Ketua Pegawai Operasi MBM, Sagree Sardien dalam ucapannya semaja majlis penandatanganan MoU tersebut di Majestic Hotel, Kuala Lumpur. 


Presiden dan Ketua Pegawai Operasi MBM, Sagree Sardien


Pengarah Montford Boys Town, Encik Robin Devasagayam, berkata, "Kami percaya bahawa kurikulum latihan terbaharu ini dapat menambahkan kedalaman [pengetahuan] dan meluaskan pandangan pelajar."


Pengarah Montford Boys Town, Encik Robin Devasagayam


Untuk mengikuti program ini, pelajar perlu melalui proses penilaian terlebih dahulu, mereka yang berjaya akan menerima biasiswa penuh dan menjadi pelatih di bawah Mercedes-Benz Malaysia. Sepanjang program yang berlangsung selama tiga tahun ini, setiap pelajar juga akan diberikan elaun bulanan sebanyak RM800. Sejurus menamatkan program, jaminan pekerjaan diberikan beserta gaji minimum pada tahun pertama. 


Sukatan pelajaran dan garis panduan latihan yang digunakan dalam program ini menerima kelulusan Mercedes-Benz  Global Training dan Mercedes-Benz Competence, selain turut disahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di Bawah Kementerian Sumber Manusia.


Turut diraikan pada hari yang sama ialah majlis graduasi 99 pelatih daripada program perantisan bagi tahun 2021 dan 2022. Kesemua pelatih ini telah berjaya menamatkan kesemua latihan dan kini merupakan juruteknik yang menerima pengiktirafan bertaraf global daripada Mercedes-Benz.


Sejak tahun 1984, lebih 900 graduan telah dilahirkan menerusi Akademi Latihan Mercedes-Benz Malaysia. Kebanyakannya kini memegang pelbagai jawatan di syarikat Mercedes-Benz.


Baca: 180 Pemilik Mercedes-AMG Berhimpun

Baca: Mercedes-Benz Malaysia Umum Senarai Harga Baharu Dengan SST

Baca: Mercedes-Benz EQS 450+ 2022 Dilancarkan, Dari RM686K!

Baca: Harga Rasmi EV Mercedes-Benz, EQB 350 4Matic Dan EQC 400 4Matic Diumumkan, Dari RM328K




Tag:

Mercedes-Benz Malaysia
MBM
Montfort Boys Town
Mercedes-Benz Malaysia Training Academy
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru
Mercedes-Benz CLA Elektrik Kini Boleh Ditempah – Capai 792 KM, Cas 10 Minit!

Mercedes-Benz CLA Elektrik Kini Boleh Ditempah – Capai 792 KM, Cas 10 Minit!

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini secara rasmi telah mempertontonkan Mercedes-Benz CLA elektrik sepenuhnya.

14-01-2026
Kereta Baru
Dilancar: Mercedes-Benz G580 EQ 2025 - Harga Bermula RM958,888

Dilancar: Mercedes-Benz G580 EQ 2025 - Harga Bermula RM958,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mercedes-Benz G-Class Mercedes-Benz G580 dengan Teknologi EQ ke pasaran tempatan di ibu negara, pagi tadi.

26-06-2025
Kereta Baru
Dilancar: Mercedes-AMG SL 63 S E Performance 2025 -Harga RM2.168 Juta

Dilancar: Mercedes-AMG SL 63 S E Performance 2025 -Harga RM2.168 Juta

Mercedes-Benz Malaysia turut melancarkan varian tertinggi model roadster SL, Mercedes-AMG SL 63 S E Performance le pasaran tempatan.

05-06-2025
Kereta Baru
Mercedes-Benz EQS 450 4Matic SUV Dipertontonkan – Capai 673 KM, 355 HP, Dari RM625K!

Mercedes-Benz EQS 450 4Matic SUV Dipertontonkan – Capai 673 KM, 355 HP, Dari RM625K!

Mercedes-Benz Malaysia hari ini telah mempertontonkan EQS 450 4Matic SUV. Ini yang anda patut tahu...

16-08-2024
Kereta Baru
Mercedes-AMG A45S 4Matic+ Limited Edition, RM558,888, HANYA Ada  10 Unit!

Mercedes-AMG A45S 4Matic+ Limited Edition, RM558,888, HANYA Ada 10 Unit!

MBM melancarkan model terbaharunya, Mercedes-AMG A 45 S 4Matic+ Limited Edition, semalam

08-08-2024
Berita Auto
Peluang Pandu Uji Model Terkini di Acara Mercedes-Benz World 5-7 Julai Ini!

Peluang Pandu Uji Model Terkini di Acara Mercedes-Benz World 5-7 Julai Ini!

Mercedes-Benz World kini sedang berlangsung di KL Base. Apa yang menarik?

05-07-2024
Kereta Baru
Mercedes-AMG GLA 45 S 4Matic+ Kini Di Malaysia – Dari RM539,888

Mercedes-AMG GLA 45 S 4Matic+ Kini Di Malaysia – Dari RM539,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan Mercedes-AMG GLA45S 4Matic+ facelift. Ini spesifikasinya...

04-07-2024
Kereta Baru
Mercedes-AMG C63 S E Performance F1 Edition Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM958,888

Mercedes-AMG C63 S E Performance F1 Edition Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM958,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) sebentar tadi baru sahaja melancarkan Mercedes-AMG C63 S E Performance. Ini spesifikasinya...

04-07-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026