- Berita
- Kereta Baru
- Harga Rasmi EV Mercedes-Benz, EQB 350 4Matic Dan EQC 400 4Matic Diumumkan, Dari RM328K
Harga Rasmi EV Mercedes-Benz, EQB 350 4Matic Dan EQC 400 4Matic Diumumkan, Dari RM328K

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah mengumumkan harga bagi dua model baharu dalam barisan kenderaan elektrik (EV) mewah bawah sub jenama Mercedes-EQ, EQB 350 4Matic dan EQC 400 4Matic. SUV elektrik ini masing-masing ditawarkan pada harga RM328,888 dan RM388,888.
EQB 350 4MATIC DAN EQC 400 4MATIC: PERTAMA KALI DIPERTONTONKAN
Dipertontonkan buat pertama kali pada bulan Julai lalu bersama dengan pelancaran Mercedes-Benz EQS 450+ (dijual pada harga RM698,888.00). Kedua-dua model yang baru diumumkan harganya ini, ketika majlis pelancaran tersebut MBM meletakkan anggaran bagi EQB 350 4Matic dan EQC 400 4Matic anatara RM330,000 ke RM390,000. Nampaknya, harga rasmi yang diumumkan tidak terlalu jauh dari anggaran.
EQB 350 4MATIC: PERINCIAN MODEL

EQB 350 4MATIC ialah SUV kompak elektrik penuh dengan 7 tempat duduk. Model ini praktikal untuk kegunaan keluarga besar. Ia dijual pada harga RM328,888.
Model ini digerakkan oleh dua motor elektrik (satu di setiap gandar) yang dikuasakan oleh pek bateri 66.5 kWh dengan output gabungan 292hp/520Nm. Kuasa disalurkan kepada sistem pacuan empat roda 4MATIC.

Ia boleh memecut daripada 0-100 km/j dalam masa hanya 6.2 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 160 km/j. Kereta mampu mencapai jarak perjalanan antara 388-423 km (kitaran WLTP).
EQC 400 4MATIC: PERINCIAN MODEL

EQC 400 4MATIC yang dijual pada harga RM388,888 ini digerakkan oleh dua motor elektrik (satu di setiap gandar) yang dikuasakan oleh pek bateri 80.0 kWh dengan output gabungan 408hp/760Nm. Kuasa disalurkan kepada sistem pacuan empat roda 4MATIC.

Ia boleh memecut daripada 0-100 km/j dalam masa hanya 5.1 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 180 km/j. Kereta mampu mencapai jarak perjalanan antara 373-437 km (kitaran WLTP).
EQB350 4MATIC DAN EQC400 4MATIC: PERINCIAN HARGA
Seperti yang dinyatakan, EQB 350 4Matic ditawarkan pada harga RM328,888, manakala EQC 400 4Matic pula pada RM388,888.
Harga yang dinyatakan ialah harga atas jalan tanpa insurans, termasuk cukai jualan. Pembelian mendapat manfaat daripada insentif EV kerajaan yang meliputi pengecualian import, eksais dan cukai jalan, sehingga 31 Disember 2023.
Baca: Mercedes-Benz EQB 350 4Matic Dan EQC 400 4Matic Bakal Masuki Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi
Baca: Mercedes-Benz EQS 450+ 2022 Dilancarkan, Dari RM686K!
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

