Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Honda Panggil Semula Civic 2022 & City Hybrid 2021

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Perhatian kepada pemilik Honda Civic 2022 dan Honda City Hybrid 2021, Honda Malaysia baru sahaja mengeluarkan notis rasmi yang mengumumkan panggilan semula kedua-dua model ini. 


Panggilan semula ini dilakukan untuk menyelesaikan dua isu berbeza. Pertama ialah masalah kamera sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) yang tidak aktif pada Honda City Hybrid 2021.





Kedua ialah masalah kimpalan tidak lengkap pada pelaras gelungsur (slide) tempat duduk pemandu pada Honda Civic 2022.




Berkenaan isu kamera ADAS Honda City Hybrid 2021, Honda telah mengesan kerosakan pada beberapa komponen yang dipasang pada cermin depan. Masalah ini dikatakan membabitkan 630 unit kereta. 


Isu kimpalan tidak lengkap pada pelaras gelungsur tempat duduk pemandu pula dikesan pada 72 unit Honda Civic 2022. Masalah ini menyebabkan tempat duduk pemandu tidak terletak rapi pada kedudukannya semasa memandu, ini membahayakan nyawa pemandu kerana mengurangkan keberkesanan perlindungan tali pinggang keledar.


Secara keseluruhannya, sebanyak 702 unit kereta dipanggil untuk dibaik pulih. Semua kos berkaitan seperti pemeriksaan, pembaikan dan penggantian bahagian yang terjejas adalah percuma dan  ditanggung sepenuhnya oleh Honda Malaysia.




Walaupun semua pemilik yang terkesan telah dimaklumkan namun Honda Malaysia tetap menggesa pelanggan yang menggunakan kedua-dua model ini untuk menghubungi mana-mana pengedar sah Honda Malaysia bagi membuat pemeriksaan. 


Pemilik juga boleh menyemak status penglibatan kereta dalam panggilan semula ini sama ada dengan menghubungi talian hotline Bebas Tol Honda Malaysia di 1-800-88-2020, atau log masuk ke productrecall.honda.com.my.


Baca: Honda HR-V & BR-V 2022 Terima ASEAN NCAP 5 Bintang!


Baca: Penampakan Honda CR-V 2023 Di Thailand


Baca: Kereta Honda Baharu Terbakar

Tag:

Honda Malaysia
2022 Honda Civic
2021 Honda City Hybrid
Panggilan Semula
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Honda CR-V Dual-Tone Edition Kini Di Pasaran – Terhad 300 Unit, Dari RM169,900

Sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-25, Honda Malaysia (HM) mengumumkan syarikatnya itu kini menawarkan versi khas, CR-V Dual-Tone Edition, eksklusif untuk CR-V generasi keenam varian E dan V.

13-11-2025
Berita Auto

Honda Malaysia, KTMB Jalin Kerjasama Untuk Sediakan Mobiliti Lestari Pada Persidangan ASEAN Railways Ke-45

Honda Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang bertindak sebagai Rakan Rasmi Pengangkutan Kereta bagi Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Kereta Api ASEAN (ARCEOs’) ke-45.

09-09-2025
Berita Auto

SST Tidak Jejas Harga – Honda Malaysia

CEO Honda Malaysia, Narushi Yazaki, berkongsi kenyataan penting berkaitan isu pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diperluas.

18-07-2025
Kereta Baru

Honda HR-V 2025 Facelift Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM115,900

Honda Malaysia secara rasmi memperkenalkan Honda HR-V 2025 facelift untuk pasaran tempatan.

17-07-2025
Kereta Baru

Honda HR-V Facelift Kini Boleh Ditempah – Rekaan Lebih Moden

Pasaran SUV segmen B di Malaysia kini semakin meriah dengan ketibaan Honda HR-V versi facelift.

01-07-2025
Berita Auto

Honda Malaysia Panggil Semula 87,490 Kenderaan – Isu Pam Bahan Api

Honda Malaysia hari ini mengumumkan panggilan semula besar-besaran untuk menyelesaikan isu melibatkan dua komponen penting iaitu bilah (impeller) pam bahan api dan pam bahan api tekanan tinggi.

10-06-2025
Berita Auto

Insentif Cukai EV Tamat Tahun Ini? Honda Malaysia Harap Insentif Cukai Dilanjutkan Lagi

Kerajaan diminta untuk melanjutkan lagi insentif, termasuk pengecualian cukai untuk EV.

15-05-2025
Berita Auto

200 Unit Honda e:N1 Sudah Ditempah Sejak 15 April

Honda Malaysia mengesahkan bahawa sebanyak 200 unit model BEV pertama, Honda e:N1 sudah ditempah sejak tempahan dibuka pada 15 April lalu.

15-05-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Projek LPT4: Kerajaan Salur RM25 Juta

Sebanyak RM25 juta diluluskan bagi kerja-kerja awal projek Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 4 (LPT4) .

10-01-2026
Berita Auto

Berani Betul, Lagi Stesen Minyak Jual RON95 Kepada Warga Asing, Kali Ini Di Kedah

(KPDN) Kedah mengesahkan berlaku aktiviti pengisian petrol RON95 ke dalam tangki kenderaan berpendaftaran asing di sebuah stesen minyak di Sungai Petani .

10-01-2026
Berita Auto

Jangan Terkejut, PLUS Mula Guna Sistem Tol Tanpa Palang, Bermula Di Kedah!

Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan di Kedah jangan terkejut melihat sistem tol tanpa palang di beberapa tol kerana PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sedang menguji sistem itu untuk kenderaan persendirian di jajaran Hutan Kampung–Sungai Dua.

10-01-2026
Berita Auto

Wajah Baharu BHPetromart & eNak: Bukan Sekadar Stesen Minyak Biasa!

Kalau anda selalu lalu di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), ada berita baik! BHPetrol baru sahaja mendedahkan identiti baharu bagi BHPetromart dan eNak yang tampil lebih moden dan segar yang mesra pelanggan.

10-01-2026
Berita Auto

Fasiliti Pembaikan Badan Dan Cat Proton Terbakar, Ini Kata Proton!

PROTON menyatakan kebakaran yang berlaku di sebuah fasiliti Body & Paint (B&P) di Sungai Buloh Selangor masih dalam siasatan.

09-01-2026
Berita Auto

Tak Sia-Sia Beli Kereta Chery Sehingga Feb Ini, Sebab Ada Rebat Sehingga RM16,888

Promosi Tahun Baru Tawaran Properity ini akan berakhir pada 28 Februari 2026.

09-01-2026
Berita Auto

Pemandu Teksi, Pengusaha Bas Sekolah Penang Dapat Insentif RM600

Kerajaan Pulau Pinang meneruskan insentif bantuan sebanyak RM600 kepada pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah di negeri ini yang akan disalur bermula Mac depan.

09-01-2026
Berita Auto

Bilik Pameran Eksklusif Pertama Leapmotor Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil

Syarikat pengedar automotif terkemuka, Cycle & Carriage (C&C), telah melancarkan pembukaan cawangan bilik pameran pertama jenama kenderaan elektrik (EV), Leapmotor, di pusat beli-belah terkemuka, Pavilion Bukit Jalil.

09-01-2026