Link Copiedcheck_circle
EV

Inovasi Terbaharu BMW, Plug&Charge, Memudahkan Pengguna EV

Sofea Najmi

Kongsi melalui

BMW memperkenalkan Multi Contract Plug&Charge


Khabar baik kepada peminat kereta BMW, tidak lama lagi, pengecasan kenderaan elektrik (EV) akan jadi lebih mudah! 


Teknologi terbaharu yang semakin memudahkan pengguna EV


Syarikat pengeluar kereta Jerman kini hadir dengan inovasi baharu dinamakan, “Multi Contract Plug&Charge.” Melalui teknologi ini, pengguna hanya perlu menyambungkan poin pengecasan kepada kenderaan, dan semasa sambungan ini berlaku, kenderaan bukan sahaja menerima ‘tenaga elektrik’ tetapi juga akan disalurkan dengan data penting lain supaya proses pembayaran misalnya, dapat berlaku secara automatik. 


Tidak perlu lagi menggunakan aplikasi telefon pintar atau kad

Berbeza dengan sistem sedia ada, pengguna EV hanya dihadkan untuk menggunakan satu penyedia servis pengecasan sahaja, tetapi dengan teknologi terbaharu ini, pemandu EV boleh menyimpan informasi untuk sekurang-kurangnya lima penyedia perkhidmatan servis pengecasan pada satu-satu masa. 

Sistem Plug&Charge BMW terbaharu ini jauh lebih fleksibel 

“Solusi Plug&Charge sebelum ini selalunya hanya terikat kepada penyedia elektrik tunggal atau tertentu. Namun solusi yang bakal ditawarkan untuk model kereta BMW akan datang adalah berbeza, lebih fleksibel,” jelas BMW. 


“Pelanggan boleh menyimpan data capaian individu secara digital untuk beberapa kontrak pengecasan di dalam [sistem] kenderaan. Ini memberikan pengguna pilihan untuk mengakses kedua-dua akaun pengecasan BMW dan juga kontrak individu lain semasa dalam perjalanan. Satu-satunya prasyarat untuk ini: Penyedia perkhidmatan tersebut mestilah sebahagian daripada rangkaian eRoaming seluruh Eropah, Hubject,” tambahnya. 


Sumber: BMW Group


Baca: BMW Bakal Keluarkan Kenderaan Hidrogen Secara Besar-Besaran Mulai 2025


Baca: BMW X5 M Versi Facelift Dikesan Sedang Diuji Di Nürburgring


Baca: Review BMW iX xDrive 40 Malaysia | SUV EV Mewah cita rasa orang kaya!


Baca: Imej Paten BMW XM 2023 Didedahkan

Tag:

Kenderaan Elektrik
pengecas
Plug&Charge
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Struktur Cukai Baharu Lebih Adil Untuk Pemilik Kenderaan Elektrik

Sebaik tempoh pengecualian cukai jalan kenderaan elektrik (EV) ditamatkan sehingga akhir 2025, pengguna EV di Malaysia akan mula dikenakan cukai dengan struktur baharu yang dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2026.

30-09-2025
EV

Nisbah Pengecas EV Malaysia Lebih Baik Daripada Thailand, Tetapi...

Nisbah pengecas dan EV di Malaysia di tahap yang sihat. Ini kupasannya...

22-07-2025
EV

Nissan Micra Generasi Keenam: EV Cecah 408 KM, Kembar Renault 5

Nissan akhirnya memberikan nafas baharu dengan perubahan radikal terhadap model kompaknya, Micra, yang kini muncul dalam versi EV.

23-05-2025
EV

Mazda 6e Bakal Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Pasaran Seterusnya?

Baru-baru ini, Mazda mengumumkan bahawa Mazda 6e, yang dikenali sebagai EZ-6 di China, bakal memasuki pasaran Thailand.

19-02-2025
EV

Sasaran EV Johor 2030: 15,840 EV & 1,245 Stesen Pengecas

Kerajaan Negeri Johor kini menetapkan sasaran untuk mewujudkan sejumlah 1,245 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dan memiliki lebih 15,000 unit EV berdaftar.

14-02-2025
Berita Auto

BMW Group Perlukan Dasar EV Jelas Daripada Kerajaan

BMW Group Malaysia menekankan pentingnya sokongan kerajaan untuk memacu industri kenderaan elektrik (EV) yang dipasang secara tempatan (CKD).

26-11-2024
EV

Kos Baiki EV Terlibat Kemalangan Lebih Tinggi Dari Enjin Biasa? Kenapa?

EV mungkin lebih murah untuk diselenggara, namun kos baik pulih selepas kemalangan adalah jauh lebih tinggi berbanding ICE. Benarkah?

14-08-2024
EV

Pengeluaran SUV Elektrik, Nevo E07, Sebuah "Transformer" Boleh Jadi Trak Pikap, Kini Bermula

Pengeluaran hibrid SUV/trak pikap elektrik, Nevo E07, kini bermula di kilang digital Changan.

22-07-2024

Berita Terkini

EV

BYD Atto 3 Bakal Muncul Dengan Prestasi Lebih Tinggi, Jarak EV Cecah 650 KM

SUV elektrik BYD Atto 3 2026 nampaknya bakal menerima kemas kini secara besar-besaran. Perkara ini terbongkar melalui dokumen rasmi Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China yang mula tersebar di internet.

12-11-2025
EV

Spesifikasi Xpeng X9 Ultra Bocor – Kepintaran Luar Biasa Dengan 3 Cip AI

MPV Xpeng X9 dilaporkan bakal memiliki varian ‘Ultra’ baharu, hanya beberapa minggu setelah versi range-extender (EREV) diperkenalkan.

12-11-2025
EV

Sudah Diuji: iCaur V23 iWD Tunjuk Taring Dalam Cabaran Off-Road

Pihak Carz.com berpeluang memandu uji, SUV elektrik, iCaur V23 di litar ujian off-road Kev Advenduro yang terletak di Gamuda Gardens, Rawang.

10-11-2025
EV

ChargeSini & Meta Bright Lancar Pengecas EV Di Sunway Pyramid – 6 Pengecas AC

Syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) tempatan, ChargeSini, telah merasmikan hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) terbarunya di Sunway Pyramid, lokasi pertama yang dilancarkan di bawah kerjasama strategik bersama Meta Bright Group.

05-11-2025
EV

Zeekr X, MG MGS5 EV Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – Buktikan EV Terbaru Semakin Selamat

Zeekr X dan MG MGS5 EV berjaya meraih penarafan penuh sebanyak 5 bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) di bawah protokol penilaian 2021–2025.

05-11-2025
EV

Jaecoo J5 Dilancar Di Indonesia, Selepas Ini Mungkin Malaysia?

Jaecoo J5 elektrik dilancarkan di Indonesia, baru-baru ini.

04-11-2025
EV

Xpeng Lepasi Sasaran Jualan - 355,209 Unit Terjual Setakat OKT 2025

Xpeng telah melepasi sasaran jualan iaitu sebanyak 355,209 unit terjual setakat Oktober lalu.

04-11-2025
EV

Cas EV Di ChargeSini Lebih Santai, Tempoh Kelonggaran Kini 30 Minit

ChargeSini, mengumumkan bahawa tempoh kelonggaran atau idle grace period kini dipanjangkan daripada 15 minit kepada 30 minit selepas sesi pengecasan tamat.

04-11-2025