Link Copiedcheck_circle
Global

Kereta Terbang Pasang Sendiri Dapat Kelulusan Di AS, Dijual Kepada Orang Ramai

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Ketua Pegawai Operasi, Samson Sky bergambar bersama Samson Swithblade (Foto: Samson Sky)


Samson Switchblade, kereta terbang pasang sendiri yang dijual pada harga AS$167,900 (RM753,509) telah mendapat kelulusan daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS) untuk memulakan ujian penerbangan selepas dibangunkan selama 14 tahun.


Penciptanya, Samson Sky berkata, 2100 unit kereta terbang ini telah pun ditempah awal, yang mana tempahan datang daripada 52 buah negara dan kesemua 50 negeri di AS. 



Kenderaan ini boleh digunakan di atas jalan biasa dan juga untuk diterbangkan (Foto: Samson Sky)


Kereta terbang ini menggunakan tiga roda dan memiliki saiz yang sesuai untuk petak parkir atau garaj biasa. 


Namun begitu, ia perlu dipasang sendiri oleh pembeli kerana dijual dalam pek bina sendiri (DIY). 


Setiap pek didatangkan dengan sebuah enjin, transmisi, avionik (peralatan elektronik penerbangan), ruang kabin dan juga Program Bantuan Pembina Samson. 



Kereta terbang ini dapat mencapai ketinggian sehingga 21,000 km (Foto: Samson Sky)


Sebaik selesai dipasang, pengguna boleh memandu kereta tersebut di jalan raya dari rumah menuju ke lapangan terbang di mana sayap dan ekor kereta boleh dikeluarkan secara automatik dalam masa kurang tiga minit. 


Pemandu boleh menerbangkan kereta ini dari lapangan terbang ke destinasi sebelum mendarat dan meneruskan perjalanan dalam mod pemanduan biasa. 



Sayap dan roda kereta terbang ini boleh dilipat ke dalam dan dihayunkan keluar (dibuka) untuk masuk ke dalam mod penerbangan. (Foto: Samson Sky)


Semasa diterbangkan, ia boleh mencapai kelajuan setinggi 306 km/j dan mencapai ketinggian 21,000 km.


Sumber: Daily Star


Baca: Teksi Terbang AirAsia Bakal Jadi Realiti, Kajian Infrastruktur Akan Dijalankan

Tag:

kereta terbang
Samson Switchblade
Samson Sky
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Pertama Kali Dalam Sejarah: Kereta Terbang Diluluskan Kerajaan AS

Pesawat eVTOL Alef Aeronautics iaitu kereta terbang Model A, telah menerima kelulusan undang-undang.

06-07-2023

Berita Terkini

Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026
Global

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.

25-02-2026
Global

Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks e-Power facelift (P15) dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Mac ini.

25-02-2026