- Berita
- Global
- Penduduk California Diminta Tidak Mengecas EV Pada Waktu Puncak, Atau Ini Akibatnya...
Penduduk California Diminta Tidak Mengecas EV Pada Waktu Puncak, Atau Ini Akibatnya...

Seorang pemandu mengecas EV di sebuah stesen pengecasan (Foto: AFP)
Kurang seminggu selepas kerajaan Califonia mengumumkan bahawa jualan kereta petrol akan diberhentikan menjelang 2035, penduduk negeri tersebut baru-baru ini diminta agar tidak mengecas kenderaan elektrik mereka pada waktu puncak.
California kini berhadapan dengan gelombang haba yang melampau sehingga mencecah 44 darjah celcius di Los Angeles. Peningkatan suhu ini menyebabkan penggunaan elektrik semakin tinggi, sehingga mencapai tahap yang tidak mampu ditampung oleh grid kuasa elektrik negeri.

Stephanie Williams, 60, cuba menyejukkan badannya dengan air melalui pili bomba di Los Angeles, Rabu lalu (Foto: AP)
“Pengguna diminta menjimatkan tenaga elektrik termasuk mematikan lampu yang tidak diperlukan,” kata syarikat pembekal yang mengendalikan grid elektrik California dalam satu kenyataan.
“Penduduk perlu mengelak daripada mengecas kenderaan elektrik pada waktu puncak antara pukul 4.00 petang hingga 9.00 malam,” tambah kenyataan sama.
Selain kenderaan elektrik, penduduk juga disarankan agar mengurangkan penggunaan mesin basuh, pembersih vakum, mesih bersih pinggan mangkuk dan untuk menutup lampu yang tidak digunakan ketika waktu puncak.

Suhu yang terlalu panas di California Selatan menyebabkan banyak kebakaran berlaku (Foto: Getty Images)
Sumber: New York Post
Baca: 1000 Unit Teksi EV Bakal Disediakan Untuk Rakyat Malaysia
Baca: EV Premium Harga Marhaen: Ini 6 Fakta Penting Smart #1, EV Yang Bakal Dilancarkan Di Malaysia
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
