- Berita
- Kereta Baru
- Land Rover Defender 90, Ada 2 Pilihan Enjin
-full_normal.jpg)
Defender 90 kini sudah ada di pasaran Malaysia.
Jaguar Land Rover Malaysia melancarkan Land Rover Defender 90 serba baharu yang dikatakan mampu meredah semua muka bumi serta dinobatkan sebagai Land Rover paling berupaya setakat ini.
Jentera baharu ini menampilkan reka bentuk yang cukup moden dan mengekalkan keupayaan mengharungi semua permukaan bumi.
Ia didatangkan dengan dua pilihan enjin ingenium iaitu Petrol 4 silinder P300 atau Petrol MHEV 6 silinder P400.
Lebih menarik, Defender 90 tiga pintu dengan jarak roda pendek mampu mengharungi air sedalam 900mm serta dilengkapi dengan kotak pemindahan dwikelajuan.
Ini membolehkan ia memberikan suntikan kelajuan dan kawalan tambahan untuk mengawal kuasa bagi mengharungi keadaan mencabar seperti mendaki dan menuruni cerun curam, muka bumi yang pelbagai dan pemanduan lasak di luar jalan raya.
Maka tidak hairanlah, harga jualannya bermula daripada RM838,800 bagi P300 dan RM1,098,800 (P400 MHEV).
Pengarah Urusan, Bahagian Peruncitan dan Pengedaran, Sime Darby Motors Malaysia, Jeffrey Gan berkata, Land Rover Defender 90 disanjung tinggi di peringkat global kerana ciri-ciri kejuruteraan, teknologi dan reka bentuknya.
Dengan keupayaan meredah semua muka bumi, kami yakin kenderaan berkuasa dan ikonik ini akan menambah baik pengalaman memandu bagi rakyat Malaysia, sama ada semasa menyusuri jalan-jalan bandar atau menempuh permukaan lasak,” katanya.
Jentera ini juga didatangkan dengan ciri Suspensi Udara Elektronik dimana ia pemanduan yang cukup selesa.
-full_normal.jpg)
Bahagian pemandu yang cukup luas dan selesa.
Lebih menarik, ketinggiannya boleh dilaraskan mengikut keadaan memandu.
Ini termasuk ketinggian akses yang boleh dilaraskan menjadi serendah 40mm lebih rendah daripada ketinggian pemanduan normal dan dilanjutkan sehingga 75mm.
Bagi keadaan luar jalan raya yang lasak dan permukaan tidak rata, ketinggian tambahan 70mm turut disediakan bagi kawalan roda yang luar biasa walaupun dalam perjalanan yang mencabar.
-full_normal.jpg)
Mampu meredah laluan mencabar.
Ia didatangkan dengan lima warna dan dilengkapi dengan 170 aksesori individu, pilihan terbesar yang pernah dihasilkan untuk Land Rover.
Antara aksesori yang disediakan ialah tempat simpanan peralatan luar di sisi kenderaan yang memberikan ruang simpanan tambahan dan terdapat juga koleksi baharu peralatan dan pakaian luar 'Above and Beyond'.
Defender 90 ini disokong oleh program Land Rover Care yang termasuk jaminan lima tahun, servis percuma lima tahun dan khidmat bantuan tepi jalan tiga tahun.
Untuk keterangan lanjut, layari www.landrover.com.my.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

