Link Copiedcheck_circle
Global

Penumpang Kereta Api Jakarta 'Diserang' Zombi! Rupanya Ini Satu Strategi...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Zombi dalam tren di Jakarta (Foto: AFP)


Untuk menyelesaikan masalah membabitkan anak muda, solusi yang dicari juga perlulah sesuai dengan jiwa muda, pasti efektif! Dikhabarkan, pengendali transit aliran ringan (LRT) Jakarta baru-baru ini telah mengubah stesen kereta api dan trennya menjadi set zombi yang diinspirasikan daripada filem zombi terkenal Korea, ‘Train to Busan' bagi menarik orang ramai terutamanya warga muda menggunakan pengangkutan awam.


Zombi di stesen kereta api Jakarta (Foto: AFP)


STRATEGI UNTUK MENGGALAKKAN PENGGUNAAN PENGANGKUTAN AWAM


Seperti yang diketahui umum, Jakarta merupakan antara bandar yang berhadapan dengan masalah kesesakan jalan raya yang teruk. Dengan konsep unik ini, lebih ramai orang awam lebih tertarik untuk beralih kepada pengangkutan awam. 



Orang ramai yang panik melarikan diri dari zombi (Foto: AFP)


Tarikan yang dinamakan 'Train to Apocalypse'  ini telah dilancarkan sejak bulan lalu oleh PT LRT Jakarta dan Pandora Box. Para penumpang akan merasai pengalaman seolah-olah di dalam filem zombi yang mana terdapat sekumpulan pelakon yang hadir dengan pakaian dan solekan zombi. Untuk menjadikan suasana lebih realistik, terdapat percikan ‘darah’ pada dinding gerabak. 



Diserang zombi (Foto: AFP)


Bukan itu sahaja, tidak ubah seperti plot filem, di dalam tren akan memaparkan berita yang mengumumkan bahawa kononnya virus ‘Pandora’ sedang merebak di sekitar bandar sehingga menyebabkan manusia bertukar menjadi zombi. 


Tentera datang melindungi (Foto: AFP)


Tetapi jangan panik, pengunjung akan ‘dilindungi’ oleh tentera bersenjata sebelum kesemuanya dibawa ke lokasi selamat. 


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pandora Box, Billy Junior, "Kami mahu golongan muda merasakan bahawa menggunakan pengangkutan awam adalah sesuatu yang menyeronokkan.”


Pengalaman menaiki tren yang mendebarkan ini boleh dirasai dengan bayaran antara  60,000 hingga 70,000 rupiah (RM18.00-RM21.00).

Tag:

Indonesia
zombi
Kereta Api
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

27-01-2026
Global

22-01-2026
Global

20-01-2025
EV

18-07-2024
Global

06-05-2024
Global
Global

16-02-2024
EV

08-02-2024

Berita Terkini

Global
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026
Global
Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat

Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat

Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.

20-04-2026
Global
Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia

Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia

Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.

20-04-2026
Global
Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global
Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026