- Berita
- Global
- Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026
Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.
Lepas L8 ini akan mula dijual di pasaran UK pada suku ketiga tahun ini yang mana ia juga akan menyertai barisan model Chery lain seperti Omoda dan Jaecoo.
Nama Lepas menggabungkan perkataan “Leopard,” “Leap,” dan “Passion,” manakala L8 dibina atas platform modular Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) milik Chery.
Difahamkan, Lepas L8 lima tempat duduk ini akan menjadi pesaing terdekat kepada Volkswagen Tiguan. Di pasaran lain, model ini ditawarkan sebagai hibrid plug-in atau kenderaan elektrik sepenuhnya.


Namun, model ini sudah pun dijual di Indonesia dengan sistem hibrid plug-in yang sama digunakan pada Jaecoo 7, dan secara meluas dijangka konfigurasi ini akan turut ditawarkan di rantau lain.
Dengan enjin empat silinder 1.5 liter dengan motor elektrik dan bateri 18.3 kWh, Lepas menyatakan bahawa di Afrika Selatan, L8 menawarkan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sejauh 66.4 batu (107 km) dan jarak gabungan sehingga 808 batu (1,300 km). Enjin tersebut dikatakan mampu menghasilkan kuasa setakat 141 hp (105 kW) dan 155 lb-ft (210 Nm), manakala motor elektrik menambah 201 hp (150 kW) dan 229 lb-ft (310 Nm).

Dari segi luarannya, L8 dilihat hadir dengan lampu hadapan jenis LED iaitu seakan-akan sama dengan beberapa model SUV baharu Audi. Terdapat juga jeriji hadapan krom yang sangat besar, yang jelas dianggap oleh Chery sebagai sesuatu yang akan menarik minat pembeli di Barat.
Mejengah bahagian kabinnya, tidak dinafikan kabin Lepas L8 menampilkan beberapa elemen yang menarik. Yang paling mencuri perhatian ialah paparan infotainmen 13.2 inci berorientasikan potret yang terletak di tengah papan pemuka, dan kelihatan sedikit lebih bergaya berbanding paparan tablet berorientasikan landskap yang semakin banyak digunakan pada model-model baharu.

Selain itu, Lepas turut dilengkapi dengan kluster instrumen digital 10.2 inci, di bawah skrin tengah ialah tombol kawalan volum yang menonjol, bersama suis fizikal untuk kelajuan kipas dan kawalan HVAC yang lain.
Bagaimanapun, harga Lepas L8 masih belum diumumkan, namun dijangka akan disahkan dalam beberapa bulan akan datang.
Selain pasaran UK, jenama Lepas juga akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada separuh pertama tahun 2026.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

