Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

YouTuber Ini Terjumpa Koleksi Kereta Klasik Bernilai Lebih RM5 Juta! Ada Proton Perdana?

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Koleksi mencecah £1 juta (RM 5.16 juta)! Itulah nilai kesemua kereta yang ditemukan dua orang YouTuber di sebuah ruang simpanan lama di Surrey, London. Yang menariknya, salah sebuah kereta tersebut adalah kepunyaan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad!


Proton Perdana merupakan salah satu koleksi yang terdapat di sini (Sumber: Lost Adventures)


Video penjelajahan mereka di sekitar ruang simpanan ini dikongsikan oleh YouTuber tersebut, Ben dan Eran melalui saluran YouTube mereka, Lost Adventures. 


Ini Yang Mereka Jumpa...


Koleksi menakjubkan, kereta klasik buatan British pelbagai jenis! Antaranya ialah kereta Formula 1, Bentley dan Bristol Cars. Bristol Cars merupakan sebuah syarikat pengeluar kereta berskala kecil yang menghasilkan kereta hanya menggunakan tenaga manusia. 


Sumber: Lost Adventures


Selain kereta-kereta ini, terdapat juga teksi retro, beberapa jenis prototaip dan replika kayu. 


Sumber: Lost Adventures


Ruang parkir lama ini diteroka pada bulan Mei 2020, menurut Eran, “Dah beberapa tahun saya memerhatikan tempat ini kerana ia kelihatan menarik.


“Kami memulakan penerokaan bangunan tinggal ini tanpa mengetahui apa-apa. Masuk ke sini dan ternampak kereta bernilai jutaan pound di bawah tempat ini,” jelasnya.


Sumber: Lost Adventures


Paling menarik sekali, mereka turut menemukan Proton Perdana yang sebelum ini pernah dimiliki oleh  Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kereta ini dihantar ke UK untuk digunakan dalam kajian tenaga hibrid. 


Baca: Mengimbau Sejarah Proton & Model Legenda, Proton Saga, Dari 1985 Ke 2022


Kereta Klasik Di Sini Bakal Dilelong


David Fletcher, individu yang bertanggungjawab menguruskan lelongan koleksi yang terdapat di sini menjelaskan anggaran nilai kereta klasik di sini ialah £1 juta (RM 5.16 juta). 


Sejarah Ruang Simpanan Ini


David mendedahkan, tempat ini dahulunya pernah digunakan sebagai fasiliti simpanan sisa stok pengeluar kereta, Bristol Car.


Sumber: Lost Adventures


Ujarnya kepada akhbar The Sun, ‘koleksi menakjubkan’ ini sebenarnya juga ‘sangat menyedihkan’ kerana ia menunjukkan pengakhiran syarikat kereta tersebut. 


Sumber: Lost Adventures


Syarikat yang berasal dari Bristol itu ditubuhkan selepas tamatnya perang dunia kedua, sebagai sebahagian daripada Bristol Aeroplane Company yang kemudiannya meneruskan operasi sebagai sebuah syarikat bebas pada tahun 1960. 


Sumber: Lost Adventures


Jenama ini memiliki ramai ‘pengikut’ yang ‘berduit’ sebelum syarikat ini ditutup pada tahun 2011. Pada tahun 2015, syarikat ini kembali dengan sebuah kereta baharu, The Bristol Bullet, namun  kereta tersebut tidak memasuki pasaran. 


Bristol Cars jatuh sekali lagi pada tahun 2020 dan hampir keseluruhan asetnya dijual. Untuk masa akan datang, Bristol Cars bakal kembali dengan nama baharu ‘British Electric Vehicle Company’ pada ulang tahunnya yang ke-80 pada tahun 2025 nanti.


Tonton video penerokaan mereka di bawah:


Sumber: Daily Mail



Baca: PROTON Catat Jualan Tertinggi Dalam Tempoh 9 Tahun!

Baca: Mengimbau Sejarah Proton & Model Legenda, Proton Saga, Dari 1985 Ke 2022

Baca: Pemandu Wira Ini Sedang Dicari, Kes Langgar Lari, Seorang Maut


Tag:

#proton
Proton Perdana
Bentley
kereta klasik
vintaj
Bristol Cars
British
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

EV Nasional Mampu Milik: MITI, Proton, Perodua Bincang Usaha Percepat Pengeluaran

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kini sedang mengadakan perbincangan dengan syarikat pengeluar kenderaan tempatan.

23-02-2023
Berita Auto

Februari & Mac 2023 Bakal Catat Jualan Kereta Tinggi, Ini Sebabnya...

Bulan Februari dan Mac tahun ini dijangka akan mencatatkan jumlah jualan industri (TIV) yang tinggi.

22-02-2023
Teknologi

Proton X Watch Kini Di Pasaran! Hanya RM1,499! Boleh Kawal Fungsi Kereta?

Proton baru sahaja melancarkan jam tangan pintar, Proton X Watch, yang kini boleh didapatkan pada harga RM1,499.

12-02-2023
Berita Auto

Industrial Labs Jadi Pembekal Sistem Solar Fotovoltaik Untuk Proton Global Services

Anak syarikat milik Proton Edar, Proton Global Services Sdn. Bhd. (PGS) telah melantik Industrial Laboratories Sdn. Bhd. (Industrial Labs) sebagai pembekal sistem solar fotovoltaik (PV) kedua.

19-01-2023
Teknologi

Proton Pertonton Enjin Turbo 3 Silinder Hibrid Ringan 1.5L Dalam Video Korporat Terbaharu

Proton bakal memperkenalkan trenkuasa hibrid pertama keluaran syarikat tidak lama lagi.

05-01-2023
Berita Auto

Proton Capai Prestasi Jualan Terbaik Sejak 2013! Ini Dia 2 Model Terlaris Proton...

Proton mengakhiri tahun 2022 dengan pertumbuhan jualan empat tahun berturut-turut.

04-01-2023
Berita Auto

Proton X50, X70 Terkenal Di Afrika Selatan! Kini Sudah Unit Ke-1000 Proton Dieksport!

Kedudukan pengeluar kereta nasional PROTON kini kukuh di Afrika Selatan dalam tempoh hanya dua bulan.

23-12-2022
EV

Tun Mahathir Puji Polestar 2, Harap Proton Hasilkan EV Sendiri!

DRB-Hicom telah membawa sebuah Polestar 2 untuk ditunjukkan kepada Tun Mahathir.

10-12-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026