Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ada Berita Baik Buat Pemilik Mercedes-Benz!

Suhana Veru

Kongsi melalui


Perhatian, ada berita baik buat pemilik kereta Mercedes-Benz.

Mercedes-Benz Services Malaysia dan Mercedes-Benz Malaysia baru sahaja mengumumkan bahawa pihaknya kini menawarkan program lanjutan jaminan untuk tempoh terhad.

Pengarah Urusan Mercedes-Benz Services Malaysia Sdn.Bhd, Anamika Talwar berkata, program itu ditawarkan untuk memberi perlindungan tambahan kepada para pelanggan.


“Dengan adanya program, para pelanggan boleh memastikan kenderaan mereka  menerima perlindungan yang sebaik mungkin,” katanya.

Untuk makluman, Program Waranti Terhad Lanjutan ditawarkan untuk pemilik kenderaan tahun kelima dan keenam bagi menikmati tawaran unik essential plan atau comprehensive plan dengan penuh fleksibiliti.

Untuk itu, ada beberapa pilihan tempoh langganan iaitu:

Satu tahun

Dua tahun dengan perlindungan sehingga RM250,000 setiap pelan.

Malah pelan ini menawarkan jaminan selama 24 bulan dan yang paling penting, anda boleh melakukan pembaikan atau penggantian percuma di mana-mana Mercedes-Benz.

Program ini juga menyediakan tanpa had liputan perbatuan untuk kereta tidak melebihi 125,000km sebelum tahun kelima mereka dan 150,000km sebelum permulaan tahun keenam mereka.

Senarai Harga Pakej Essential:


Menyentuh mengenai pakej essential, ia merangkumi komponen penting seperti:

Penghawa dingin

Brek

Enjin

Pacuan roda hadapan

Power window, stereng

Pacuan roda belakang sebagai tambahan kepada suspension dan transmisi

Bagaimanapun, program ini boleh dipilih semasa atau selepas pembelian kenderaan, atau pra-milik dalam tempoh empat tahun pertama dari tarikh pendaftaran.

Untuk itu, semua pelanggan akan layak mendapat jumlah sebanyak RM125,000 (Essential plan) dan RM150,000 (Comprehensive plan) untuk pelan yang dibeli secara individu.

Senarai harga Comprehensive Plan:


Lebih menarik, pelanggan layak mendapat jumlah RM 200,000 (Essential plan) dan RM 250,000 (Comprehensive plan) untuk pelanggan yang memiliki kenderaan pada tahun kelima atau memasuki permulaan tahun keenam.

Untuk keterangan lanjut, layari laman web mb4.me/ELW.


Tag:

Mercedes-benz Malaysia
mercedes-benz services malsia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.

13-05-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026