Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Suhana Veru

Kongsi melalui

Your-paragraph-text---2026-05-13T150409.138.png

Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GLC 43 4MATIC Coupé Nightfall Edition versi pemasangan tempatan (CKD) ke pasaran tempatan baru-baru ini.

Edisi khas ini dijual pada harga RM518,888 untuk Semenanjung Malaysia yang mana ia  menggabungkan elemen reka bentuk  dengan perincian luaran yang digelapkan serta pengalaman pemanduan yang lebih hebat.

AMG-GLC-43-4M-Coupé-Nightfall-Edition-(2).jpg

Lebih Gelap dan Eksklusif dengan Nightfall Edition

Model AMG GLC Coupé Nightfall Edition baharu ini memperkukuhkan lagi gaya AMG Exterior Night Package melalui penambahan AMG Night Package Exterior II.

Perincian Dark Chrome (krom gelap) kini merangkumi elemen utama luaran, termasuk bilah gril radiator, lencana model pada fender dan bahagian belakang, serta logo bintang di belakang. Ia turut dilengkapi dengan perincian khas: penutup tangki bahan api AMG dalam warna silver chrome dengan tulisan "AMG" dan aksen hitam, memberikan sentuhan identiti yang halus namun mengujakan.

Satu lagi tarikan utama edisi khas ini ialah AMG Real Performance Sound yang meningkatkan hubungan emosi antara pemandu dan kenderaan. Ia memberikan pengalaman bunyi yang intens di dalam kabin, dengan ciri bunyi yang boleh dipilih daripada sporty-subtle (BALANCED) kepada sporty-emotional (POWERFUL). 

SPESIFIKASI

Model AMG GLC Coupé Nightfall Edition baharu ini dikuasakan oleh enjin empat silinder 2.0 liter dimana ia mampu menghasilkan kuasa  luar biasa sebanyak 310 kW (421 hp) pada 6,750 rpm dan tork maksimum 500 Nm pada 5,000 rpm, dengan tambahan lonjakan kuasa 10 kW (14 hp) daripada penjana pemula pacuan tali sawat (RSG) apabila diperlukan.

RSG generasi kedua ini bertindak sebagai hibrid ringan (mild hybrid), membolehkan fungsi coasting dan pemulihan tenaga bagi memaksimumkan kecekapan. Teknologi 48-volt juga meningkatkan keselesaan dengan memastikan peralihan yang lancar antara sistem henti-mula dan meluncur.


AMG-GLC-43-4M-Coupé-Nightfall-Edition-(3).jpg

AMG GLC Coupé Nightfall Edition mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam hanya 4.5 saat, dengan kelajuan tertinggi dihadkan secara elektronik pada 250 km/j. Pemanduan dinamiknya dipertingkatkan lagi dengan stereng gandar belakang (rear-axle steering) sehingga 2.5°, yang meningkatkan kelincahan, kestabilan, dan kebolehlenturan semasa mengendali kenderaan dalam pelbagai keadaan jalan.

Penampilan yang meyakinkan ini diperkukuhkan lagi dengan jarak roda yang lebar dan rim aloi ringan 21 inci AMG jejari-Y, dipadankan dengan angkup brek berwarna perak. Lampu hadapan DIGITAL LIGHT sentiasa menyesuaikan pencahayaan mengikut trafik dan keadaan jalan untuk penglihatan yang lebih baik.

Menjengah bahagian kabinnya,  ia  menampilkan tempat duduk sports  AMG dengan kemasan kulit buatan ARTICO, elemen kemasan gentian karbon AMG, serta stereng AMG Performance dalam kulit nappa. Melengkapkan ruang dalaman adalah sistem infotainmen MBUX yang merangkumi paparan dan fungsi khusus AMG, serta sistem bunyi keliling Burmester® 3D untuk akustik kabin yang premium.

Pembiayaan

Selain itu, pembeli turut boleh memilih pelan Agility+ by Mercedes-Benz yang menawarkan bayaran bulanan bermula RM6,688 selain  pilihan fleksibel di penghujung tempoh pembiayaan serta jaminan nilai masa hadapan kenderaan.

Pelan Agility+ bermula daripada RM 6,688 sebulan. Untuk butiran lanjut, sila layari www.mercedes-benz.com.my/agility atau hubungi Eksekutif Kewangan dan Insurans di Mercedes-Benz Autohaus berhampiran anda.

Tag:

Mercedes-benz Malaysia
GLC 43 4Matic Nightfall Edition
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Ada Berita Baik Buat Pemilik Mercedes-Benz!

Ada Berita Baik Buat Pemilik Mercedes-Benz!

Mercedes-Benz Services Malaysia dan Mercedes-Benz Malaysia baru sahaja mengumumkan bahawa pihaknya kini menawarkan program lanjutan jaminan untuk tempoh terhad.

17-10-2022

Berita Terkini

Kereta Baru
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru
DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru
Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026
Kereta Baru
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?

24-06-2026