- Berita
- Berita Auto
- Ada Berita Baik Buat Peminat Aprilia!

Bagi merealisasikan impian para pelanggan untuk memiliki motosikal jenis Aprilia, platform E-Dagang, Dreamshop mengumumkan bahawa pihaknya telah menjalin kerjasama dengan Bank CIMB.
Menerusi kerjasama ini, Dreamshop menawarkan pelan pembayaran mudah 0% tanpa faedah sehingga 60 bulan khas buat peminat Aprilia.
Untuk makluman, Aprilia merupakan model motosikal yang ketiga dibawah kategori automotif yang bersama dengan Dreamshop.
Sebelum ini, Dreamshop ada menawarkan pembelian Vespa dan Royal Enfield pada Oktober lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Pemasaran DCR, syarikat induk Dreamshop, Rosalie Lin berkata, pelanggan Dreamshop boleh membeli model motosikal Aprilia dengan menikmati tawaran istimewa itu.
“Pembelian itu boleh dibuat imenerusi kad kredit CIMB Bank,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Sementara itu, bagi yang tertanya-tanya mengenai model Aprilia yang boleh dibeli di Dreamshop ialah seperti berikut:
1. Aprilia SG RT 200 - RM362 sebulan.
2. Aprilia SG RT 200 Sport - RM380 sebulan.
3. Aprilia RS660 - RM1,270 sebulan.
Untuk keterangan lanjut, layari www.dreamshop.com.my.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/