Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Bentley Flying Spur Hybrid, Boleh Guna RON95, Harga Bermula RM945K

Suhana Veru

Kongsi melalui


Bentley Kuala Lumpur hari ini menayangkan Bentley Flying Spur Hybrid dalam satu majlis berprestij di ibu negara, pagi tadi.

Sedan hibrid mewah ini ditawarkan pada harga RM945,000. Bagaimanapun, harga ini tidak termasuk caj duti, cukai mahupun pendaftaran.


Pandangan hadapan.

Ia ditawarkan dengan dua varian:

Bentley Flying Spur Hybrid Azure

Bentley Flying Spur Hybrid S


Pandangan belakang.

Melihat kepada harganya, maka tidak hairanlah mengapa ia dipadankan  dengan enjin 2.9 liter (2,894cc) V6 TFSI (turbo berkembar) DOHC 24-injap dengan padanan motor elektrik.

Ini bermakna, ia mampu menghamburkan kuasa 536hp dan tork 750Nm. Untuk info, jentera ini menggunakan transmisi jenis 8-kelajuan ZF klac berkembar dengan sistem pacuan semua roda.


Bahagian kabin.

Prestasinya yang cukup memukau ini membolehkannya ia memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 4.3 saat. 

Fuhh, ini cukup luar biasa!

Selain itu, mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai spesifikasi yang lebih terperinci mengenai jentera mewah ini.


Untuk itu, Caricarz menyenaraikan beberapa fakta penting mengenai Bentley Flying Spur Hybrid ini. 


Berikut adalah perinciannya:


Ia adalah jenis PHEV memandangkan ada pengecasan semula bateri di sebelah kiri kenderaan.

Bateri jenis litium ion 18kWh. Ia memerlukan masa 2.5 jam untuk dicas penuh (pengecas pantas) dan anggaran masa 6.15 jam jika pengecasan di rumah.

Kelajuan maksimum 285kmj. 

Ia menawarkan jarak pemanduan lebih 800km.

Kapasiti tangki minyak ialah 80 liter.

Apa yang penting, ia boleh menggunakan RON95.

Ada 3 mod pemanduan EV Drive, Hybrid dan Hold mod.

Skrin infotainmen menunjukkan aliran kuasa menerusi paparan data statistik, paras bateri, jarak pemanduan dan maklumat pengecasan bateri.

Ada lencana Hybrid pada fender depan.

Lampu depan guna LED yang dilengkapi lampu siang (DRL).

Fungsi Bantuan Lampu Tinggi Automatik (HBA) hadir sebagai ciri standard.

Tiga pilihan rim iaitu 20, 21 atau 22 inci.

Sistem infotainmen 12.3 inci.

Ada dua slot kad SD.

Sambungan Bluetooth dan WiFi, ada slot cakera padat (CD) dan DVD serta radio digital.

Sambungan Apple CarPlay, radio satelit Sirius, pemacu keras 60GB, sistem telefon 4G, pencarian online POI.

Dilengkapi pelbagai ciri keselamatan termasuk beg udara untuk pemandu, penumpang, sisi dan jenis langsir, vision malam, pengecaman papan tanda jalan dan Bantuan Kekal Lorong.

Ada empat  ekzos.

Diengkapi kabel mengikut kesesuaian pasaran.


Lebih menarik, Flying Spur Hybrid didatangkan dalam lebih 60 pilihan warna dan dihasilkan di kilang Bentley di Crewe, United Kingdom.


Apapun, di sebalik pelancaran jentera ini, nampaknya Bentley sememangnya mahu menumpukan perhatian kepada naturaliti karbon menjelang tahun 2030. 



Tag:

Bentley Bentayga Azure Hybrid
bentleyflyingspurhybrid
bentleykualalumpur
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Hanya Ada 48 GT, GTC, 1 Bakal Masuk M'sia?

Bentley cuma keluarkan 48 unit Continental GT Coupés dan Continental GTC.

17-04-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026
Kereta Baru

Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?

Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.

14-05-2026
Kereta Baru

Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.

13-05-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900

Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!

08-05-2026
Kereta Baru

Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.

08-05-2026
Kereta Baru

Subaru Crosstrek 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Unit CBU Jepun, RM190,788

Subaru Crosstrek 2026 rasmi dilancarkan di Malaysia.

06-05-2026
Kereta Baru

SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

Bagaimanapun, Proton masih mengunci mulut.

06-05-2026