Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Fakta Atau Auta! Betul Ke Nak Dapat Minyak Lebih, Kena Picit Pam Perlahan?

Suhana Veru

Kongsi melalui


Sebut sahaja mengenai cara mengisi minyak kereta, timbul pelbagai andaian.

Ada yang mengatakan bahawa  kadar isian yang laju boleh menyebabkan minyak yang masuk ke dalam tangki adalah lebih sedikit daripada sepatutnya.

Tidak kurang juga ada yang menganggap kalau nak dapat bahan api yang lebih, picit pam dengan perlahan-lahan.


Betul ke?

Mungkin teori ini dikongsikan kerana sifat petrol itu sendiri yang mudah meruap ke udara dan kemudian ia hilang ketika kita menekan habis nozel pam.

Apa jua andaian anda, Pengarah Urusan Shell Malaysia, Shairan Huzani Hussain atau lebih dikenali sebagai ‘Pak Cik Shell’ telah memuat naik video ke akaun instagram peribadinya, memaparkan satu eksperimen yang dibuat sendiri.



Shairan (kanan) melakukan eksperimen itu baru-baru ini.

Dalam video berkenaan, Shairan membuat eksperimen dengan menggunakan alat sebenar untuk mengukur isipadu cecair.

Beliau dilihat mengisi minyak RON95 sebanyak 10 liter dengan memicit habis pam nozel ke dalam sebuah balang manakala seorang pekerjanya  mengisi satu lagi balang dengan menekan nozel secara perlahan-lahan.



SHAIRAN.

Hasilnya selepas beberapa minit kemudian menunjukkan  kedua-dua balang itu tadi mengandungi 10 liter petron RON95.

Secara kesimpulannya, tidak kira sama ada anda mengisi minyak secara perlahan atau cepat, jumlah minyak yang keluar tetap sama!

Bagaimanapun, ini bukan kali pertama Pakcik Shell melakukan eksperimen ini sebaliknya pernah melakukannya beberapa kali setiap kali isu ini tular di media sosial.

Apa pula pandangan anda?

Kongsikan pandangan anda di bawah ruangan ini!

Tag:

shairan
pakcikshell
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Satu ASEAN 'Bergegar' Harga Minyak Naik, Malaysia Masih Antara Negara Kedua Terendah

Malaysia kekal 'Syurga' petrol ASEAN: Di saat jiran bergelut dengan harga keras.

03-04-2026
Berita Auto

Bagaimana BDR 50% di Lembah Klang Boleh Jimatkan RM169 Juta Sebulan?

Penyelesaian Krisis Minyak Global: Mandat BDR 50% di Lembah Klang mampu jimatkan subsidi RM169 juta sebulan.

03-04-2026
Berita Auto

Leapmotor Terajui Takhta! Sahkan Kedudukan No. 1 Syarikat Pemula NEV

Leapmotor mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju syarikat pemula NEV No.1 dengan pencapaian mantap.

03-04-2026
Berita Auto

Proton Saga: Hero Rakyat yang Tak Lapuk Dek Zaman

Proton terus mengukuhkan cengkamannya dalam pasaran automotif tempatan apabila mencatatkan prestasi jualan suku pertama tertinggi dalam tempoh 22 tahun,

03-04-2026
Berita Auto

Tiga Nyawa Tak Berdosa Jadi Mangsa Pemandu Lalok

Keadilan buat mangsa: Pemandu treler positif dadah direman pagi Ini.

03-04-2026
Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026
Berita Auto