Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hanya Imbas Kod QR! Pemilik BMW Boleh Main Game Dalam Kereta Bermula Tahun Depan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Penantian mengecas kereta bukan lagi satu penyeksaan dengan permainan video di dalam kereta (Foto: BMW)


BMW dan AirConsole mengumumkan kerjasama untuk membawakan permainan video ke dalam kenderaan bermula tahun depan. 


AirConsole merupakan sebuah platform permainan video yang sesuai untuk dimainkan secara terus daripada skrin infotainmen BMW yang bersaiz besar. Permainan yang akan ditawarkan dalam katalog nanti boleh dimainkan secara solo dan multiplayer


Teknologi AirConsole membolehkan permainan video ini dihantar terus secara atas talian (OTA) untuk membolehkan pemain mengawal permainan menggunakan telefon pintar.


Menurut Naib Presiden Kanan BMW Group, Stephan Durach, “[Teknologi] Ini dapat menjadikan situasi menunggu di dalam kenderaan misalnya semasa mengecas, sebagai waktu yang menyeronokkan.”


Sambungan dengan permainan video yang mudah


Cara untuk menggunakan teknologi AirConsole ini di dalam kereta juga cukup mudah. Pemain hanya memerlukan telefon pintar yang akan digunakan sebagai alat kawalan dan juga BMW Curved Display sebagai skrin paparan.


Setelah sambungan berjaya dibuat sebagai contoh, dengan mengimbas kod QR, pemain boleh terus ‘melayan’ permainan video yang dipilih. 


Apa pendapat anda tentang teknologi permainan video di dalam kereta? Adakah anda sanggup bayar lebih untuk mendapatkan sebuah kereta yang hadir dengan ciri ini? Kongsikan pendapat di ruangan komen di bawah.


Sumber: Tech Crunch


Baca: Inovasi Terbaharu BMW, Plug&Charge, Memudahkan Pengguna EV


Baca: BMW Bakal Guna Bateri Lebih Berkuasa Untuk EV Mulai Tahun 2025


Baca: BMW XM, SUV Plug-In Hybrid Dengan Kuasa Cecah 735 HP! Model Paling Berkuasa BMW?



Tag:

game
Permainan Video
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Gaya Hidup
Laptop Gaming Mercedes-AMG Motorsport: Ultra Ringan, Harga RM14K!

Laptop Gaming Mercedes-AMG Motorsport: Ultra Ringan, Harga RM14K!

Apa yang menarik tentang laptop berharga RM14K ini? Jom baca!

15-08-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026