- Berita
- Gaya Hidup
- Laptop Gaming Mercedes-AMG Motorsport: Ultra Ringan, Harga RM14K!
Laptop Gaming Mercedes-AMG Motorsport: Ultra Ringan, Harga RM14K!

Micro-Star International (MSI) dan Mercedes-AMG telah bekerjasama untuk menghasilkan laptop permainan video, Stealth 16 Mercedes-AMG Motorsport A13V.
LAPTOP GAMING YANG PALING RINGAN?

-full.jpg)
Laptop yang nipis dan ringan, tapi berkuasa!
Laptop Stealth 16 Mercedes-AMG Motorsport A13V ini dihasilkan daripada aloi magnesium yang membuatkannya sangat ringan dengan berat hanya 1.88 kg walaupun bersaiz 16 inci! Selain ringan, laptop ini juga mempunyai reka bentuk yang nipis dengan ketebalan hanya 19.95 mm.
LAPTOP YANG ‘BERPRESTASI TINGGI’
Ringan tidak bermakna ia kurang ‘tenaga’ kerana laptop yang ditawarkan dalam warna kelabu 'Selenite Gray' yang sama seperti supercar Mercedes-AMG sebenar ini dikuasakan oleh pemproses yang berkuasa, Intel Core i9-13900H dengan 14 teras.
-full.jpg)
Pembeli juga boleh memilih untuk menggabungkan kuasa pemprosesan ini dengan sama ada kad grafik Nvidia GeForce RTX 4060 bersama RAM 32 GB secara standard, atau dengan kad grafik lebih berkuasa, Nvidia RTX 4070 bersama RAM 64 GB. Selain itu, pembeli juga boleh memilih sama ada ingin meningkatkan lagi storan dengan SSD 1 TB atau 2 TB.
MAIN GAME SAMBIL BERGAYA
Stealth 16 Mercedes-AMG Motorsport A13V hadir dengan logo rasmi Mercedes-AMG Motorsport serta pencahayaan RGB untuk papan kekunci.

Tidak cukup dengan itu, setiap pembelian laptop adalah termasuk kotak eksklusif Mercedes-AMG Motorsport dan pelbagai lagi barangan berjenama AMG yang lain seperti kabel, USB, beg, tetikus, pad tetikus dan poskad khas.
TERTARIK? BOLEH DAPATKANNYA MELALUI…
Berdasarkan semakan melalui laman rasmi Shopee MSI Malaysia, laptop Stealth 16 Mercedes-AMG Motorsport A13V kini sudah mula dibuka untuk pra-tempahan dengan pilihan versi yang menggunakan RAM 64 GB dan SSD 2 TB pada harga RM13,999.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
