- Berita
- Berita Auto
- Hanya Imbas Kod QR! Pemilik BMW Boleh Main Game Dalam Kereta Bermula Tahun Depan
Hanya Imbas Kod QR! Pemilik BMW Boleh Main Game Dalam Kereta Bermula Tahun Depan

Penantian mengecas kereta bukan lagi satu penyeksaan dengan permainan video di dalam kereta (Foto: BMW)
BMW dan AirConsole mengumumkan kerjasama untuk membawakan permainan video ke dalam kenderaan bermula tahun depan.
AirConsole merupakan sebuah platform permainan video yang sesuai untuk dimainkan secara terus daripada skrin infotainmen BMW yang bersaiz besar. Permainan yang akan ditawarkan dalam katalog nanti boleh dimainkan secara solo dan multiplayer.
Teknologi AirConsole membolehkan permainan video ini dihantar terus secara atas talian (OTA) untuk membolehkan pemain mengawal permainan menggunakan telefon pintar.
Menurut Naib Presiden Kanan BMW Group, Stephan Durach, “[Teknologi] Ini dapat menjadikan situasi menunggu di dalam kenderaan misalnya semasa mengecas, sebagai waktu yang menyeronokkan.”

Sambungan dengan permainan video yang mudah
Cara untuk menggunakan teknologi AirConsole ini di dalam kereta juga cukup mudah. Pemain hanya memerlukan telefon pintar yang akan digunakan sebagai alat kawalan dan juga BMW Curved Display sebagai skrin paparan.
Setelah sambungan berjaya dibuat sebagai contoh, dengan mengimbas kod QR, pemain boleh terus ‘melayan’ permainan video yang dipilih.
Apa pendapat anda tentang teknologi permainan video di dalam kereta? Adakah anda sanggup bayar lebih untuk mendapatkan sebuah kereta yang hadir dengan ciri ini? Kongsikan pendapat di ruangan komen di bawah.
Sumber: Tech Crunch
Baca: Inovasi Terbaharu BMW, Plug&Charge, Memudahkan Pengguna EV
Baca: BMW Bakal Guna Bateri Lebih Berkuasa Untuk EV Mulai Tahun 2025
Baca: BMW XM, SUV Plug-In Hybrid Dengan Kuasa Cecah 735 HP! Model Paling Berkuasa BMW?
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv