Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Honda Accord 2023 Bakal Dilancar November Ini, Berikut Infonya..

Suhana Veru

Kongsi melalui


Pandangan hadapan Honda Accord 2023.

Honda baru sahaja mendedahkan beberapa imej teaser Honda Accord 2023 dimana ia akan membuat penampilan pertamanya pada November ini.

Ia akan menggantikan model generasi ke-10 dimana model ini sudah ada di pasaran sejak tahun 2017.

Apapun, apa yang anda patut tahu ialah model kali ini akan didatangkan dengan skrin sentuh terbesar yang pernah dipasang pada Honda iaitu 12.3 inci.

Biarpun tiada begitu banyak butiran lanjut didedahkan mengenai Honda Accord 2023 namun pengeluar kereta Jepun itu berkata, skrin sentuh itu akan disambungkan dengan sistem infotainmen baharu yang diintegrasikan menerusi perkhidmatan Google.

Difahamkan,  Honda akan menggunakan Android Automotive OS dengan memuatkan ciri Google Assistant, Google Maps iaitu sama seperti yang dilakukan Volvo.

Berbalik kepada imej teaser, sudah tentunya ia ditumpukan pada bahagian dan belakang.

Dua foto yang disiarkan itu menunjukkan bahagian luarannya menampilkan rekaan garis bersegi dan ia hadir dengan gril berbentuk heksagon manakala lampu nyalaan siang berada di atas lampu utama.

Ia saling tidak tumpah seperti Acura. Apa pula pandangan anda?

Menjengah ke bahagian belakangnya pula, ia hadir dengan lampu belakang yang agak lebar dan di tengah-tengahnya tertera logo “H”.


Pandangan belakang.

Menerusi imej teaser dalam bentuk illustrasi itu nampaknya Accord generasi baharu ini sah bakal tampil dalam bentuk fastback.

Mengenai ruang dalamannya pula,  kita dapat melihat sedan ini akan dipasang dengan unit infotainmen baharu bersaiz 12.3 inci. Ia terletak di atas papan pemuka.


Skrin bersaiz 12.3 inci.

Malah, turut kelihatan ada juga butang fizikal untuk melaraskan bunyi audio.

Dimaklumkan bahawa kemungkinan besar ada varian premium (Touring) dimana ia akan hadir dengan trenkuasa hibrid e:HEV iaitu 2.0 liter yang sama dimuatkan pada Civic e:HEV.

Ketika ini, Accord sedia ada dilengkapkan enjin 4-silinder 1.5 pengecas turbo dimana ia mampu menghamburkan kuasa 182hp dan tork 260Nm.

Bila bercakap tentang sedan kelas pertengahan, Accord adalah salah satu pilihan pembeli di Amerika Syarikat . Ia antara model paling laris di AS.

Apapun, butiran lanjut mengenai Honda Accord 2023 akan disiarkan sebaik pelancaran jentera ini nanti, jadi teruskan bersama kami!  


Tag:

Hondacivichatchback
hondaccord
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Peminat Honda Civic! Ini Adalah Tayangan Debut Civic Hatchback Serba Baharu!

Honda Motor Co.Ltd mengadakan tayangan perdana dunia Honda Civic Hatchback serba baharu secara dalam talian di Tokyo, Jepun baru-baru ini.

09-07-2021

Berita Terkini

Kereta Baru

Isuzu D-Max 2026: Ada 9 Varian

Isuzu D-Max ada 9 varian, mana satu pilihan anda?

02-04-2026
Kereta Baru

Lawan Atto 3? Toyota Urban Cruiser Elektrik 2026 Kini Di Malaysia – RM198,000

Toyota Urban Cruiser: SUV Elektrik Paling Praktikal Untuk Warga Kota, Cas 50 Minit Siap.

02-04-2026
Kereta Baru

Lasak Tapi Lebih Canggih! Toyota Hilux BEV 2026 Buktikan EV Pun Boleh Buat Kerja Berat

UMW Toyota Motor (UMWT) baru sahaja memperkenalkan Toyota Hilux Battery Electric Vehicle (BEV) pada harga RM226,300.

02-04-2026
Kereta Baru

Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.

02-04-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Vibe SUV Premium Harga Marhaen? JETOUR Dashing Dark Warrior

JETOUR Dashing Dark Warrior Edisi Terhad,

01-04-2026
Kereta Baru

PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7

Ramai pening nak pilih mana satu antara Omoda C9, Jaecoo J7 atau Proton e.MAS, kami bantu anda.

19-03-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2

Jetour T2 rasmi dilancarkan di Malaysia,

13-03-2026