Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Honda WR-V Bakal Ditayangkan Untuk Tatapan Umum 2 November Ini

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Honda Indonesia telah mengumumkan melalui laman web rasminya bahawa sebuah SUV crossover kompak terbaharu akan didedahkan dalam tayangan perdana pada 2 November ini di YouTube



Kiraan detik sebelum pelancaran sudah mula dipaparkan di laman web rasmi Honda Indonesia dengan tajuk ‘Wheeling Soon'


Media tempatan Indonesia mendedahkan bahawa ia bakal tampil dengan nama Honda WR-V dengan kedudukan di bawah HR-V dalam segmen “SUV kecil.” Model ini bakal menjadi pesaing rapat kepada Daihatsu Rocky dan Toyota Raize dalam pasaran Indonesia, atau Perodua Ativa di Malaysia. 


Media sama turut mendedahkan bahawa model ini merupakan versi pengeluaran kepada Honda SUV RS Concept yang dipertontonkan ketika acara Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2021 di Indonesia. 


Honda SUV RS Concept yang dipamerkan di GIIAS 2021


Pada bulan Julai lalu, beberapa keping foto intipan terdedah kepada umum yang menunjukkan model sama dalam rekaan yang lebih mesra pengeluaran berbanding SUV RS Concept. 


Imej intipan SUV RS Concept (Foto: Autonet Magz)


Perincian teknikal masih belum didedahkan. Apa-apa pun, kita nantikan pendedahan yang lebih terperinci pada 2 November nanti. 


Untuk pengetahuan pembaca, model terbaharu keluaran Honda ini merupakan hasil kerjasama Honda R&D Asia Pacific Co., Ltd dan pasukan Honda di Indonesia.


ARTIKEL BERKAITAN


Baca: Honda HR-V & BR-V 2022 Terima ASEAN NCAP 5 Bintang!


Baca: Ayla Dikatakan Kembar Axia Tapi Di Pasaran Indonesia


Baca: Ini Dia Rekaan Model Terbaharu Honda! Konsep SUV Kecil Ini Bakal Dikeluarkan Di Indonesia


Tag:

Honda Indonesia
Honda WR-V
Honda SUV RS Concept
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global
Honda Prelude Lancar Di Indonesia – Terhad, Dari RM240K, Malaysia Seterusnya?

Honda Prelude Lancar Di Indonesia – Terhad, Dari RM240K, Malaysia Seterusnya?

Indonesia nampaknya 'memintas' jiran-jiran di rantau ASEAN apabila secara rasmi melancarkan Honda Prelude generasi keenam.

28-01-2026
Global
Honda N7X, Ada 3 Varian

Honda N7X, Ada 3 Varian

PT Honda Prospect Motor secara rasminya melancarkan Honda BR-V Edisi Khas N7X.

19-02-2024
Berita Auto
Honda Malaysia Kekal Jenama Kereta Bukan Nasional Nombor 1

Honda Malaysia Kekal Jenama Kereta Bukan Nasional Nombor 1

Honda tetapi di hati rakyat Malaysia.

25-01-2024
Global
Ini Dia Model Honda Yang Sertai TAS 2024

Ini Dia Model Honda Yang Sertai TAS 2024

Honda bakal menayangkan beberapa model yang cukup mantap.

27-12-2023
Berita Auto
Honda WR-V Laku Keras!

Honda WR-V Laku Keras!

Hanya dalam sebulan, Honda Malaysia sudah menyerahkan 2,200 unit model WR-V.

23-08-2023
Kereta Baru
Honda WR-V 2023 Rasmi Dilancarkan – 4 Varian, Dari RM89K

Honda WR-V 2023 Rasmi Dilancarkan – 4 Varian, Dari RM89K

Honda Malaysia baru sahaja melancarkan Honda WR-V 2023. Ini spesifikasi kereta.

13-07-2023
Kereta Baru
Tempahan Honda WR-V Kini Dibuka, Tarikh Pratonton Diumumkan

Tempahan Honda WR-V Kini Dibuka, Tarikh Pratonton Diumumkan

Honda Malaysia kini menerima tempahan untuk SUV kecil, All-New Winsome Runabout Vehicle (WR-V).

12-06-2023
Berita Auto
Sah! Honda Malaysia Bakal Lancar 3 Model Baharu, 1 Facelift Termasuk SUV Kecil Pertamanya Tahun 2023

Sah! Honda Malaysia Bakal Lancar 3 Model Baharu, 1 Facelift Termasuk SUV Kecil Pertamanya Tahun 2023

Honda Malaysia baru-baru ini telah membentangkan hala tuju perniagaan strategik syarikat itu bagi tahun 2023.

20-03-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto
Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto
PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

26-02-2026
Berita Auto
Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026
Berita Auto
Masalah Brek Punca SUV Terbabas Di Cameron Highlands

Masalah Brek Punca SUV Terbabas Di Cameron Highlands

Detik cemas menyelubungi sebuah keluarga apabila SUV yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam gaung sedalam 15 meter di sebuah ladang teh.

25-02-2026
Berita Auto
LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui beliau memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.

25-02-2026
Berita Auto
Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Ibu kepada dua anak berjaya membawa pulang sebuah Chery Tiggo Cross HEV.

24-02-2026