- Berita
- Berita Auto
- JPJ Dedah Ramai Tiada Lesen, Guna Cukai Jalan Tamat Tempoh Dan Ada Juga..
JPJ Dedah Ramai Tiada Lesen, Guna Cukai Jalan Tamat Tempoh Dan Ada Juga..
ZAILANI (tengah).
Jangan terkejut dengan fakta ini, ramai rakyat kita tidak memiliki lesen memandu!
Itu antara kenyataan yang didedahkan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Zailani Hashim ketika turut serta dalam operasi Advokasi Keselamatan Jalan Raya Bersepadu di Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur malam tadi.
Selain tidak memiliki lesen memandu, rata-rata pemandu didapati tidak memiliki cukai jalan dan ada juga bertindak berani dengan menggunakan cukai jalan tamat tempoh.
“Untuk itu, sebanyak 297 notis saman dikeluarkan. Tiada cukai jalan atau cukai jalan tamat tempoh antara kesalahan utama yang kerap dilakukan pengguna jalan raya bagi semua jenis kenderaan.
"Dalam kebanyakan kes yang kami terima, alasan pemandu kenderaan melakukan kesalahan itu adalah sama iaitu tidak sedar, atau tidak sempat untuk memperbaharui cukai jalan tamat tempoh,” katanya.
Operasi itu diadakan di Plaza Tol Sungai Besi, malam tadi.
Malah, hasil pemeriksaan JPJ turut mendapati ada di antara pengguna jalan raya yang cukai jalan tamat tempoh didapati tidak mempunyai insurans kenderaan.
Ingat. hujung tahun semakin hampir, maka lebih banyak sekatan jalan raya akan diadakan apatah lagi dengan musim perayaan Hari Krismas dan cuti sekolah.
Jadi, bagi pemandu yang tidak memiliki lesen atau cukai tamat tempoh, segera perbaharui cukai anda sebelum duit anda melayang!
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/