Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Projek ECRL: MRL Diminta Pastikan Projek Tidak Berdepan Dengan Gangguan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pejam celik, nampaknya projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), sudah mencapai kemajuan sebanyak 85 peratus.

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah kali ke-32 sempena pemukiman Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL). Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL).

image.png

Shamsul Azri dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah kali ke-32 sempena pemukiman MRL yang bermula semalam di Melaka. 

Bagi memastikan kelancaran projek, MRL turut diminta memastikan projek itu tidak berdepan sebarang gangguan, termasuk pencerobohan rel oleh pihak tidak bertanggungjawab, yang boleh menjejaskan perancangan serta menyebabkan kelewatan operasi yang dijangka bermula awal 2027.

"Saya yakin projek ECRL ini akan menjadi mercu kebanggaan negara, serta menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi di sepanjang jajaran dan kawasan sekitarnya, sekali gus memberi manfaat langsung kepada rakyat dan negara.

image.png

"Ini juga selari dengan elemen Kesejahteraan dalam prinsip Madani, yang hanya dapat dicapai melalui pendekatan menyeluruh kerajaan (whole-of-government approach) dan pendekatan keseluruhan negara (whole-of-nation approach) menerusi sinergi antara kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak swasta,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Dalam hantaran berasingan, Shamsul Azri berkata, pemukiman MRL itu penting untuk memfokuskan kepada hala tuju dan sasaran pengoperasian perjalanan tren ECRL.

"Banyak perkara sedang dirangka oleh pihak MRL dengan kerjasama pelbagai pihak bagi memastikan ekosistem pengoperasian rel yang efisien serta menyediakan peluang pekerjaan kepada anak tempatan," katanya.

Gallery

Tag:

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)
Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Binaan ECRL Hempap Kereta Awam, MRL Mohon Maaf

Binaan ECRL Hempap Kereta Awam, MRL Mohon Maaf

Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) memohon maaf ekoran insiden struktur sementara Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menghempap sebuah kereta di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), berdekatan Plaza Tol Gombak, Selangor semalam.

19-11-2025
Berita Auto
Besi Binaan Projek ECRL Hempap Kereta, Mujur Pemandu Terselamat!

Besi Binaan Projek ECRL Hempap Kereta, Mujur Pemandu Terselamat!

Seorang pemandu terselamat, selepas kereta dipandunya dihempap runtuhan binaan projek Laluan Rel Pantai Timur, ECRL, di MRR2.

18-11-2025
Berita Auto
Perkembangan Terkini, ECRL Fasa 1 Kelantan-Gombak Siap

Perkembangan Terkini, ECRL Fasa 1 Kelantan-Gombak Siap

Kerja-kerja sivil projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang jajaran dari Kelantan hingga ke Terminal Bersepadu Gombak sudah siap, baru-baru ini.

05-11-2025
Berita Auto
Geng Musang Rupanya Dalang Curi Kabel ECRL, Polis Kini Giat Buru 3 Lagi  Suspek

Geng Musang Rupanya Dalang Curi Kabel ECRL, Polis Kini Giat Buru 3 Lagi Suspek

Projek mega ECRL bernilai RM50 bilion berdepan risiko lewat siap gara-gara kecurian kabel akhirnya bakal menemui titik nokhtah memandangkan pihak polis kini giat memburu dalang utama Geng Musang bersama tiga lagi suspek.

18-09-2025
Berita Auto
Projek ECRL Siap Lewat Sebab Kecurian Kabel

Projek ECRL Siap Lewat Sebab Kecurian Kabel

China Communications Construction Sdn Bhd (CCCECRL) mengakui projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berisiko mengalami kelewatan susulan insiden kecurian kabel berterusan di sepanjang jajaran rel itu dari Temerloh ke Bentong, Pahang.

11-09-2025
Berita Auto
Sambung ECRL Kota Bahru - Pasir Mas Masih Dalam Kajian, - Menteri Besar Kelantan

Sambung ECRL Kota Bahru - Pasir Mas Masih Dalam Kajian, - Menteri Besar Kelantan

Nampaknya, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan Kementerian Pengangkutan masih mengkaji mengenai cadangan untuk menyambung Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Kota Bharu ke Rantau Panjang, Pasir Mas.

23-07-2025
Berita Auto
Kecurian Kabel ECRL: Kerajaan Sedang Pertimbang Langkah Sesuai Banteras Jenayah Terbabit

Kecurian Kabel ECRL: Kerajaan Sedang Pertimbang Langkah Sesuai Banteras Jenayah Terbabit

Kerajaan sedang meneliti langkah yang sesuai untuk menangani jenayah kecurian kabel ECRL.

17-07-2025
Berita Auto
Projek ECRL: Set Pertama Tren ECRL Bakal Tiba Tahun Ini, Baki 9 EMU Lagi Dihantar Tahun Depan

Projek ECRL: Set Pertama Tren ECRL Bakal Tiba Tahun Ini, Baki 9 EMU Lagi Dihantar Tahun Depan

Nampaknya, dua set pertama tren pelbagai gerabak (EMU) dan dua unit lokomotif elektrik (E-Loco) untuk projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), dijangka tiba selewat-lewatnya hujung tahun ini.

16-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto
Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026
Berita Auto
BUDI95 200 Liter Berapa KM Boleh Jalan, Jangan Terkejut
Berita Auto
Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto
BUDI95 200 Liter Sebulan: Ramai 'Sapu' Baki Subsidi Semalam

BUDI95 200 Liter Sebulan: Ramai 'Sapu' Baki Subsidi Semalam

Beberapa stesen minyak di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa semalam.

01-04-2026
Berita Auto
Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto
Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan

Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan

Duit boleh beli Range Rover, tapi tak boleh beli nyawa orang lain!

31-03-2026
Berita Auto
Pemandu Mabuk Di Jasin, Polis Sedang Siasat

Pemandu Mabuk Di Jasin, Polis Sedang Siasat

Polis Daerah Jasin kini sedang giat mengesan seorang pemandu van yang terlibat dalam kemalangan di Simpang Kerayong, Melaka.

31-03-2026