- Berita
- Berita Auto
- Lubang Benam, JKR Sudah Jalankan Pembaikan

Kejadian lubang benam di Butterworth.
Orang ramai terkejut besar selepas melihat kejadian lubang benam di tengah-tengah Jalan Bagan Lalang di Butterworth, petang tadi.
Mujur tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan tiada sebarang kenderaan yang terperosok masuk ke dalam lubang itu.

Orang ramai terkejut dengan kejadian yang jarang berlaku itu.
Sejurus terima laporan daripada orang ramai, Jabatan Kerja Raya telah menjalankan kerja pembaikan mendapan yang terbentuk di atas permukaan jalan.
Buat masa ini, laluan berkenaan masih dibuka kepada kenderaan ringan.
Kejadian itu kini tular di internet gara-gara ia tidak pernah berlaku di kawasan berkenaan.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/