Link Copiedcheck_circle
Global

Maut Ikut GPS! Rupanya Dibawa Ke Jambatan Yang Sudah Runtuh

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Kereta dipandu jatuh ke dalam sungai selepas mengikut arahan GPS (Foto: WCNC)

GPS yang diharapkan dapat membantu melancarkan perjalanan,  membunuh lelaki ini...

Penggunaan GPS untuk menunjukkan jalan umpama satu perkara yang sudah menjadi rutin masyarakat moden setiap kali memandu. Sememangnya teknologi ini memudahkan, namun kejadian yang berlaku di luar negara baru-baru, mengingatkan kita agar berpada-pada dan tidak meletakkan kepercayaan 100% kepada teknologi yang digunakan. 

Dalam satu tragedi yang dilaporkan oleh New York Post semalam, seorang lelaki dari Carolina Utara, Amerika Syarikat (AS) menemui ajal selepas kenderaan dipandunya terjatuh ke dalam sungai. Sebelum kejadian, lelaki tersebut, Philip Paxson, 47, memandu jipnya berdasarkan maklumat perjalanan GPS pada waktu malam selepas menghadiri majlis hari jadi anak sulungnya.

“Kejadian berlaku pada waktu malam yang gelap semasa hujan turun, dia mengikuti GPS yang membawanya menuruni jalan konkrit ke arah jambatan yang runtuh ke dalam sungai.

A

“Dia akan dirindui oleh keluarga dan rakan-rakannya. Kemalangan itu boleh dielakkan. Kami bersedih atas kematiannya,” kata ibu mentua Paxson, Linda McPhee Koenig di laman  Facebook.

Menurut keluarga mendiang, kemalangan itu boleh dielak sekiranya pihak berkuasa melakukan penyelenggaraan atau meletakkan papan tanda dan penghadang. 

Mangsa bersama keluarga, kini tinggal kenangan (Foto: Philip Paxson)

“Jambatan itu musnah sejak sembilan tahun lalu dan tidak pernah dibaiki. Ia tidak dilengkapi sebarang papan tanda amaran atau halangan.

“Tiada siapa bertanggungjawab untuk membaikinya dan kini dia (Paxson) menjadi mangsa. Tolong doakan kami sekeluarga dalam masa yang sukar ini,” kata keluarga mendiang.

Sumber: New York Post

Baca: Maut Selepas Myvi Dipandu Terbabas!

Baca: Myvi Buat Pusingan U Tiba-Tiba! Ibu Maut, Anak Parah

Baca: Disangka Jalan Masih Tutup, Kereta Dirempuh Treler, Seorang Maut



Tag:

kemalangan
Amerika Syarikat
Kemalangan Maut
GPS
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

[VIDEO] Warga Asing Tiada Lesen Buat Pusingan U Secara Tiba-Tiba, 2 Beranak Jadi Mangsa

Sebuah video berdurasi 32 saat tular dalam media sosial baru-baru ini yang menunjukkan sebuah kenderaan berlanggar dengan van.

24-05-2022

Berita Terkini

Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026
Global

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.

25-02-2026
Global

Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks e-Power facelift (P15) dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Mac ini.

25-02-2026
Global

MG Cipta Rekod, Jual Lebih 1 Juta Kereta Di Pasaran Eropah, UK

enama MG milik SAIC telah menjadi jenama kereta pertama China yang mencapai jualan terkumpul melebihi satu juta kenderaan di Eropah dan UK.

24-02-2026
Global

Tata Punch EV Facelift 2026 Dilancar, Harga Marhaen, Tapi Bateri Dijual Asing

Tata Motors melancarkan secara rasminya, Punch EV Facelift 2026, ke pasaran tempatan, baru-baru ini.

24-02-2026