Link Copiedcheck_circle
EV

Reka Bentuk & Teknologi Pada Papan Pemuka Volvo EX90 Didedahkan, Lebih Mesra Pemandu

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Teknologi yang sudah sedia canggih kini semakin canggih. Syarikat pengeluar kereta Sweden, Volvo telah mengumumkan bahawa SUV elektrik yang bakal dilancarkan nanti, Volvo EX90  hadir dengan teknologi yang lebih ‘memahami’ keperluan pemandu. 


Lakaran EX90


TEKNOLOGI YANG ‘MEMAHAMI’?


Contoh paparan sewaktu mula menaiki kereta  (bergantung pada penggunaan/situasi pemanduan)


Skrin besar pada bahagian tengah akan memaparkan akses kepada ciri navigasi, media, telefon dan pelbagai lagi kawalan lain yang bersesuaian dengan situasi pemandu sama ada sedang parkir, memandu, membuat panggilan telefon atau sebagainya. 


Contoh paparan semasa memandu (bergantung pada penggunaan/situasi pemanduan)


“Ianya tentang memberikan anda informasi yang sepatutnya pada waktu yang sepatutnya,” ujar Thomas Stovicek, Ketua Pengalaman Pengguna (UX) Volvo Cars. 


“Kami ingin [menjadikan] pengalaman memandu anda lebih tertumpu, ringkas dan selamat. Memandangkan kereta [kini] boleh memahami persekitaran dan pemandu lebih daripada sebelum ini, kami dapat mewujudkan situasi yang lebih selamat dengan mengurangkan kekeliruan mod, gangguan dan lebihan maklumat [yang tidak perlu].”


BAGAIMANA TEKNOLOGI INI BERFUNGSI?


Volvo menggabungkan kesemua maklumat yang diterima daripada sensor luar dan dalam kereta dengan perisian dan kuasa pengkomputeran pusat kereta. Hasilnya, kereta dapat mengesan situasi pemanduan dan memberikan maklumat kontekstual berdasarkan input yang diterima. Sistem ini akan menjadi semakin pintar semakin lama digunakan (semakin ia memahami anda sebagai pemandu).


Skrin ini pula akan memaparkan informasi pemanduan yang penting (terutamanya membabitkan keselamatan)


Selain itu, sensor canggih yang dipasangkan pada kereta dapat memberikan pandangan 360 darjah. Sistem ini membolehkan kenderaan bertindak dengan tepat dalam pelbagai situasi walaupun ketika mod pemanduan tidak diaktifkan.


Tonton video pendedahan teknologi EX90 ini:



Pelbagai lagi teknologi penting lain akan dilengkapkan pada model ini untuk membolehkan kereta digerakkan tanpa pemandu atau semasa pemanduan autonomi. 


Apa pendapat anda mengenai teknologi baharu daripada Volvo ini? 


ARTIKEL BERKAITAN


Baca: Mungkinkah Ini Imej Paten EV Volvo XC90?


Baca: Tiada Lagi Kes Kanak-Kanak Tertinggal Dalam Kereta, Inovasi Terbaharu Volvo!


Baca: Kolaborasi Volvo Dan Pencipta Game Fortnite Hasilkan Paparan Fotorealistik Dalam EV Akan Datang!

Gallery

Tag:

Volvo
Volvo EX90
teknologi
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kempen ‘Selamat Raya Bersama Volvo': Tawar Rebat Sehingga RM60,000

Sepanjang acara jualan tempoh terhad ini, anda boleh menaik taraf kenderaan kepada rangkaian model Volvo dengan ganjaran tukar beli (trade-in) sehingga RM60,000 bagi model-model terpilih:

02-03-2026
EV

Volvo EX60 Diperkenalkan – Varian Paling Berkuasa Capai Jarak EV Tertinggi? 810 KM!

Volvo tidak berseloroh apabila menggelar EX60 sebagai "pencetus revolusi" atau game-changer. Di sebalik rupa parasnya, EX60 adalah model pertama yang menggunakan platform SPA3 serba baharu.

23-01-2026
EV

Volvo EX60 2026 Sah Masuk Malaysia – Capai 810 KM!

Volvo Car Malaysia (VCM) mengesahkan bahawa SUV elektrik terbaharu, Volvo EX60 2026, bakal muncul di pasaran Malaysia tidak lama lagi.

13-01-2026
Global

Volvo EX90 2026 Didedahkan – Sistem Jauh Lebih Canggih

Syarikat automotif Sweden, Volvo, mengumumkan versi terbaru bagi SUV elektrik andalannya (flagship), EX90, versi keluaran 2026

24-09-2025
Global

Volvo XC90 Versi Kalis Peluru Diperkenalkan – Ini Teknologi Yang Digunakan...

Pengeluar kenderaan mewah dari Sweden, Volvo, baru-baru ini telah memuat naik video di YouTube yang memperlihatkan model Volvo XC90 Armoured.

07-07-2025
Global

Volvo XC60: Antara Model Paling Laris Dalam Sejarah Volvo Ialah Volvo XC60

Percaya atau tidak, lebih 2.7 unit Volvo XC60 terjual di seluruh dunia.

26-06-2025
Gaya Hidup

Volvo EX90 Menang Anugerah World Luxury Car of the Year 2024! Ada Sebabnya

Pengiktirafan berprestij ini diumumkan pada New York International Auto Show yang diadakan baru-baru ini.

22-04-2025
EV

Imej Acah Sedan Elektrik Volvo ES90 Didedahkan – Kemunculan Rasmi 5 Mac Nanti

Selepas memperkenalkan SUV elektrik EX90, kini kembarnya, sedan elektrik serba baharu, ES90, bakal menyusul pada bulan depan.

21-02-2025

Berita Terkini

EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026
EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026