Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

SMART ditutup, Banyak Sungai Mula Lepasi Paras Bahaya

Suhana Veru

Kongsi melalui


Terowong SMART ditutup 8 pagi tadi.

Gara-gara hujan lebat sejak 6 pagi tadi, terowong Lebuhraya SMART terpaksa ditutup sepenuhnya bagi memberi laluan kepada kerja-kerja melencongkan air banjir.

Malah, paras air  Sungai Gombak di Jalan Tun Razak dikatakan sudah melepasi tahap bahaya dengan bacaan 31 meter pada jam 8 pagi tadi.


Keadaan Sungai Gombak di Jalan Tun Razak.

Sementara itu, paras air Sungai Klang pula sudah melepasi tahap amaran di Jambatan Tun Perak dengan bacaan 29 meter, manakala paras air sungai itu di Leboh Pasar melepasi tahap berjaga-jaga (28 meter).

Melihat keadaan paras air ketika ini  menyebabkan terowong SMART terpaksa  ditutup sepenuhnya bagi persediaan operasi banjir.

“Untuk itu, terowong bawah tanah itu kini mengaktifkan Mod 3, di mana terowong trafik ditutup dan dikosongkan daripada kenderaan, manakala air banjir dialirkan di bahagian bawah terowong,” kata Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART)  di Facebook.


Jenis mod operasi SMART.

Untuk makluman anda, terowong SMART memiliki empat mod operasi, manakala Mod 4 adalah yang tertinggi dan akan diaktifkan jika air banjir perlu dialirkan ke laluan trafik.


Tag:

banjir
terowongSMART
hujanlebat
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Selepas Letupan Gas, Kampung Tengah Dilanda Banjir

Kebanyakan penduduk sempat mengalihkan kenderaan mereka, pagi tadi.

11-04-2025
Berita Auto

Nilai Dinaiki Air, Ada Mangsa Nyaris Dihanyut Arus Deras

Selepas Putrajaya tenggelam, Nilai, Negeri Sembilan pula dilanda banjir, semalam.

09-12-2024
Berita Auto

Musim Banjir: Orang Ramai Dinasihat Tidak Redah Banjir

Orang ramai dinasihatkan lebih berwaspada ketika memandu sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) terutamanya di negeri terjejas banjir.

02-12-2024
Berita Auto

Banjir: KTMB Mula Batal Tren Ke Pantai Timur

Tren terjejas akibat banjir dan tanah mendap di beberapa kawasan.

29-11-2024
Berita Auto

Warga Emas Maut, Kereta Terbabas Dalam Parit Ketika Banjir

Seorang warga emas ditemui lemas dalam keretanya.

28-11-2024
Berita Auto

Persiaran Surian Banjir, 5 Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir

Gara-gara hujan lebat sejak pagi tadi, lima kenderaan terkandas dalam banjir kilat di Persiaran Surian Damansara, Petaling Jaya.

12-11-2024
Berita Auto

Laluan Gua Musang-Lojing Dilimpahi Air

Gua Musang dilanda banjir.

24-12-2023
Berita Auto

Banjir, Kepala Air, Mujur Tiada Yang Terkorban

Banjir kilat melanda Bukit Tinggi, Pahang.

26-11-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Gambar Intipan Tersebar, Butiran Proton Saga MC3 2025 Bocor Di Media Sosial

Butiran mengenai Proton Saga 2025 yang turut digelar sebagai Proton Saga generasi baharu MC3 telah pun bocor di media sosial sejak beberapa hari lalu.

06-08-2025
Berita Auto

Kapal BYD Zhengzhou Sudah Tiba Di Malaysia, Bawa Kereta Siap Dipasang Dari China

BYD Malaysia dan Sime Motors yang merupakan pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia mengesahkan ketibaan kapal pengangkut BYD dari Zhengzhou ke Pelabuhan Klang, Selangor, semalam.

06-08-2025
Berita Auto

Harga Minyak Naik, Diesel Lebih Mahal Bermula 7 Ogos

Pengumuman harga minyak terkini Malaysia bermula 7 Ogos 2025.

06-08-2025
Berita Auto

Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) Tidak Jejaskan Kewangan

Pelaksanaan sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) tidak akan membabitkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.

06-08-2025
Berita Auto

MG Cyberster No 1 Di Asia & Oceania, Sebab Gaya Mengancam?

MG Cyberster menduduki tempat pertama kerana ia merupakan model paling laris di Asia dan Oceania.

06-08-2025
Berita Auto

PALSU: Tular Pula Lesen Kopi-O, Guna Gambar Menteri Pengangkutan

Iklan menggunakan gambar Menteri Pengangkutan, bertujuan memancing keyakinan orang ramai.

06-08-2025
Berita Auto

Imej Teaser Tersiar, Maknanya Jaecoo J5, Omoda C9 Bakal Dilancar Tak Lama Lagi!

Omoda & Jaecoo (O&J) Malaysia baru sahaja menyiarkan imej teaser dua model terbaharunya, Jaecoo J5 dan Omoda C9 PHEV yang dikatakan bakal menggoyahkan pasaran SUV tidak lama lagi.

06-08-2025
Berita Auto

Perodua Aruz Kini Ada Warna Baharu, Vintage Brown, Jangan Risau, Harga Aruz Masih Kekal!

Walaupun menerima warna baharu, namun tiada perubahan spesifikasi untuk Aruz.

05-08-2025