Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Toyota Innova, MPV 7-Tempat Duduk Bakal Dilancar Di Indonesia, Dibina Berdasarkan TNGA Baharu

Suhana Veru

Kongsi melalui

Nampaknya Toyota Indonesia mendedahkan imej teaser Toyota Innova generasi baharu di laman web rasminya baru-baru ini.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) tujuh tempat duduk ini dikatakan akan dilancarkan sekitar  22 November depan di Indonesia. Selepas Indonesia, ia akan menembusi pasaran di India selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Untuk makluman, Innova baharu ini dibina berdasarkan berasaskan platform Toyota New Global Architecture (TNGA) dan ia adalah daripada  TNGA-C.

Berdasarkan foto intipan ini, ia menampilkan wajah baharu dimana ia kelihatan lebih lasak.

Lebih dikenali sebagai Toyota Kijang Innova di Indonesia, ia dilihat hadir dengan gril berbentuk heksagon, lampu hadapan yang lebih tajam manakala, strip lampu siang (DRL) diselitkan ke dalam unit lampu utama dan bampar yang lebih tinggi.

Dari jauh kelihatan, celoreng garisan berwarna biru sekali gus memberi bayangan bahawa kemungkinan besar varian trenkuasa hibrid akan dilancarkan.

Bagaimanapun, foto acah itu tidak mendedahkan butiran spesifik dari bahagian sisi namun fender hadapannya lebih menarik berbanding sebelum ini.

Secara keseluruhannya, penggayaan jentera ini menyaksikan Toyota cuba menampilkan MPV ini ala-ala Toyota Veloz.

Innova sebelum ini menggunakan casis ladder frame tetapi generasi baharu ini akan menggunakan casis yang sama seperti Toyota Corolla walaupun memuatkan susunan tiga barisan tempat duduk.

Sama seperti model Avanza/Veloz, Toyota Innova serba baharu ini menggunakan pacuan roda hadapan (FWD) yang lebih konvensional bagi menawarkan pemanduan yang lebih dinamik selain hadir dengan teknologi yang lebih moden.

Ia turut menawarkan kabin yang agak luas gara-gara ketiadaan penempatan enjin melintang (bukannya bujur).

Menyentuh mengenai trenkuasanya, Toyota Indonesia tidak mendedahkan sebarang butiran mengenainya.

Sebaliknya, model untuk pasaran di Indonesia bakal menampilkan enjin petrol dan hibrid.

Apapun, Innova baharu ini berada di bawah MPV Toyota Voxy yang turut dibina berasaskan TNGA namun jentera ini dikatakan  lebih mewah.

Tunggu berita selanjutnya selepas Toyota Indonesia melancarkan Toyota Innova secara rasmi nanti pada bulan hadapan!



Tag:

TNGA
TOYOTAINNOVA
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

CEO Toyota Letak Jawatan, Penggantinya, Koji Sato, Akan Tumpu Pada EV?

Syarikat pengeluar kereta Jepun, Toyota Motor Corporation, telah mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Operasinya (CEO), Akio Toyoda, yang berkuat kuasa 1 April ini.

27-01-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026
Kereta Baru

Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?

Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.

14-05-2026
Kereta Baru

Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.

13-05-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900

Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!

08-05-2026
Kereta Baru

Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.

08-05-2026
Kereta Baru

Subaru Crosstrek 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Unit CBU Jepun, RM190,788

Subaru Crosstrek 2026 rasmi dilancarkan di Malaysia.

06-05-2026
Kereta Baru

SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

Bagaimanapun, Proton masih mengunci mulut.

06-05-2026