- Berita
- Kereta Baru
- Civic e:HEV RS Telah Dilancarkan – Hibrid 2.0L Sporty, 181 hp, Harga Dari RM166K
Civic e:HEV RS Telah Dilancarkan – Hibrid 2.0L Sporty, 181 hp, Harga Dari RM166K
![]()
Sebentar tadi, Honda Malaysia baru sahaja melancarkan Honda Civic e:HEV RS, varian terbaharu dalam barisan Honda Civic yang kini didatangkan dengan trenkuasa 2.0L e:HEV – pertama kali bagi model ini dan juga untuk Honda Malaysia. Harganya bermula daripada RM166,500, harga atas jalan, tanpa insurans.
KUASA & PRESTASI HONDA CIVIC E:HEV RS
Honda Civic e:HEV RS menggunakan enjin dengan suntikan terus bahan api 2.0L teknologi terkini daripada Honda yang digandingkan dengan dua buah motor elektrik. Motor utama yang menyalurkan kuasa kepada roda hadapan kereta memiliki output kuasa setinggi 181 hp (135 kW)/315 Nm. Selain itu, varian ini turut dibekalkan dengan bateri litium-ion 72 sel 1.05 kWj yang dipasangkan di dalam Intelligent Power Unit (IPU).

Pada kebanyakan masa, enjin petrol kereta hanya digunakan sebagai penjana untuk mengecas kuasa bateri kereta. Dalam keadaan tertentu, motor elektrik akan bergabung dengan tenaga enjin dan oleh kerana itu ia masih dilengkapkan dengan transmisi e-CVT.
LUARAN HONDA CIVIC E:HEV RS





Seperti namanya, Civic e:HEV RS tampil dengan gaya sporty. Antara ciri menarik bahagian luar kereta ialah bezel lampu depan dan gril depan dalam kemasan krom, pemegang pintu berwarna hitam separa krom dan juga ciri eksklusif e:HEV RS iaitu logo H yang dikelilingi warna biru dan juga logo e:HEV. Ia turut diberikan lencana ‘RS’ pada gril hadapan dan spoiler belakang dalam kemasan hitam berkilat. Selain itu, varian ini turut menggunakan rim aloi dua tona bersaiz 18 inci dengan satu tip ekzos pada bahagian belakang. Dari segi warna, varian ini akan ditawarkan dalam warna Ignite Red, Meteoroid Gray, Platinum White Pearl dan Crystal Black Pearl.
KABIN HONDA CIVIC E:HEV RS

-full_normal.jpg)



Bergerak ke bahagian dalam, buat pertama kalinya Honda Malaysia memperkenalkan kluster instrumen Full TFT Meter bersaiz 10.2 inci. Selain itu ia turut dihadirkan dengan ciri unik lain seperti pengecas tanpa wayar dan Key Card (kunci yang berbentuk kad). Ciri lain ialah sistem infotainmen bersaiz 9 inci dengan sambungan Apple CarPlay tanpa wayar.
Paparan Power Flow pada sistem infotainmen kereta
Dari segi kualiti kabin, Honda telah meningkatkan keselesaan yang mana ciri Active Noise Control (ANC) berfungsi secara serentak dengan Active Sound Control (ASC) untuk mengurangkan Noise, Vibration and Harshness (NVH) kereta.
CIRI KESELAMATAN HONDA CIVIC E:HEV RS
Sepertimana model-model Honda yang lain, Civic e:HEV RS didatangkan dengan pakej keselamatan lengkap Honda SENSING yang merangkumi:
Collision Mitigation Braking System (CMBS)
Lead Car Departure Notification (LCDN)
Road Departure Mitigation System (RDM)
Adaptive Cruise Control (ACC)
Low Speed Follow (LSF)
Lane Keep Assist System (LKAS)
Lane Departure Warning (LDW)
Forward Collision Warning (FCW)
Auto High Beam (AHB)
Selain itu, varian ini turut lengkap dengan ciri lain seperti Honda LaneWatch, Walk Away Auto Lock, Remote Engine Start, Rear Seat Belt Reminder dan Driver Attention Monitor.
Turut ditawarkan ialah sistem Honda CONNECT yang menggunakan teknologi inovatif, Telematik. Fungsi utama Teknologi Telematik dalam Honda CONNECT termasuk Diagnostik Kenderaan, Aplikasi Jarak Jauh, Aplikasi Keselamatan, Penjejakan Kenderaan dan Perkhidmatan Sokongan.
HARGA HONDA CIVIC E:HEV RS
Civic e:HEV RS ditawarkan pada harga RM166,500.00, harga atas jalan, tidak termasuk insurans. Harga termasuk jaminan tanpa had selama 5 tahun serta jaminan tambahan tanpa had perjalanan selama 8 tahun bagi sistem bateri hibrid. Menurut Honda Malaysia, tempoh menunggu varian Civic hibrid ini dikatakan antara dua ke tiga bulan, sementara versi standard (petrol) pula lebih lama, iaitu lapan bulan.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi mana-mana pengedar Honda terdekat di seluruh negara atau hubungi talian bebas tol Honda, 1-800-88-2020. Anda juga boleh melayari www.honda.com.my atau muat turun aplikasi HondaTouch.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

