Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

[DIKEMASKINI] Perkembangan Terkini Isu LRT Laluan Kelana Jaya

Sofea Najmi

Kongsi melalui


13 NOVEMBER: LRT LALUAN KELANA JAYA KEMBALI BEROPERASI

LRT Laluan Kelana Jaya mula beroperasi lebih awal dua hari daripada jangkaan. Kementerian Pengangkutan memaklumkan, perkhidmatan tersebut dibuka semula sepenuhnya esok, pada hari Isnin (14 November), jam 6 pagi.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menaiki LRT untuk menguji keberkesanan dan keselamatan operasi hari ini

Pengguna yang terjejas menerima pampasan tiket selama tujuh hari walaupun penutupan stesen ini berlaku selama lima hari.

12 NOVEMBER: UJIAN LRT MENUNJUKKAN PERKEMBANGAN POSITIF, PENGUMUMAN PEMBUKAAN TIDAK LAMA LAGI?

LRT Laluan Kelana Jaya mungkin akan dibuka tidak lama lagi selepas  ujian sistem automasi tren tersebut berjalan dengan lancar. 

Namun begitu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata, masih terlalu awal lagi untuk mengumumkan bila operasi LRT ini akan dibuka semula sepenuhnya kepada orang ramai. 

“Sistem menunjukkan kestabilan yang baik semasa ujian pertama diadakan Rabu lalu. Pada hari kedua, 24 tren telah diuji di kesemua 37 stesen dan sekali lagi, tiada ketidakstabilan dikesan,” ujar Dr Wee.

Hari ini, ujian akan dilakukan sekali lagi semasa waktu penyelenggaraan yang mana pengguna akan diminta untuk turun sama ada di stesen Damai atau Lembah Subang. Tren kosong ini akan melalui dan berhenti di kesemua 16 stesen yang ditutup. 

Dalam ujian ini, tren perlu berhenti di platform yang tepat dengan pintu yang terbuka dalam tempoh yang ditetapkan. 

Tren juga perlu mengekalkan kelajuan dan jarak dengan tren hadapan. 

Selain itu, informasi mengenai lokasi perhentian tren yang tepat dan pelbagai lagi parameter lain seperti pembrekan dan kelajuan mestilah terpapar jelas kepada pihak yang mengawal di bilik kawalan dan operasi LRT. 


Tambah Dr Wee, sesi ujian ini akan diselia oleh pakar-pakar daripada pembekal sistem tren ini sendiri, ​​Thales Group of Canada yang akan mengesahkan sekiranya sistem boleh kembali beroperasi.

Pengesahan terakhir akan diberikan oleh Pasukan Teknikal Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Pengumuman akan dibuat pada jam 6 petang hari sebelum pembukaan.

11 NOVEMBER: PAMPASAN KEPADA PENGGUNA LRT

Wee turut menjelaskan bahawa perbincangan mengenai pampasan kepada pengguna telah pun diadakan memandangkan ramai pengguna yang menggunakan pas bulanan. 

"Lanjutan tempoh sah laku pas itu seperti My50, iaitu pas tanpa had untuk pengguna perkhidmatan Rapid KL, akan bergantung kepada pihak pengurusan Prasarana.

Suasana LRT laluan Kelana Jaya yang ditutup

"Kami melihat tidak adil jika seminggu tidak boleh guna (LRT) tetapi tetap membayar. Tempoh sah laku akan dilanjutkan, berapa lama bergantung kepada pengurusan Prasarana.

"Saya sudah dapat kepastian daripada Prasarana, itu yang akan dilakukan," katanya dalam sidang media berhubung isu gangguan perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya.

11 NOVEMBER: ISU INI MUNGKIN SELESAI LEBIH AWAL DARIPADA JANGKAAN

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, punca utama kerosakan telah pun dikenalpasti, namun pihak Pasukan Teknikal Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bersama pasukan Prasarana dan Thales (OEM - pembekal sistem) akan menguji tren LRT Laluan Kelana Jaya sekali lagi pada hari ini dan esok. 

“Sekiranya semua berjalan baik dan lancar, serta selamat digunakan orang ramai, pengumuman pengoperasian semula perkhidmatan LRT bagi 16 stesen yang ditutup akan dibuat pada jam 6 petang, sehari sebelum pengoperasian semula. Ini bagi membolehkan orang ramai membuat persediaan masing-masing,” katanya.

10 NOVEMBER: PENUTUPAN TERPAKSA DIBUAT UNTUK MENGELAKKAN KEMALANGAN

Penutupan beberapa stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Rapid Rail Laluan Kelana Jaya telah menimbulkan kemarahan orang ramai. Kerana isu yang berlaku bukan hanya ‘tergendala’ beberapa jam tetapi ditutup sepenuhnya untuk beberapa hari.

Penutupan 16 stesen LRT

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Mohd. Azharuddin Mat Sah berkata, penutupan tersebut perlu dilakukan untuk mengelakkan kemalangan LRT yang pernah berlaku pada bulan Mei tahun ini berulang lagi. 

“Kami tidak dapat melihat pergerakan tren tersebut pada skrin, jadi penting untuk kami membuat keputusan menggantung operasi dalam mengambil kira faktor keselamatan pengguna.

Mohd. Azharuddin (dua dari kanan) semasa sidang akhbar yang disiarkan di Facebook Rapid KL semalam

“Memang ini menyebabkan rakyat terjejas akibat perkhidmatan tergendala. Tapi kita perlu memberi keutamaan terhadap keselamatan lebih-lebih lagi kita tidak mahu apa yang berlaku pada tahun lalu berulang kembali.

“Sebab itu kita kena buat keputusan penting supaya masalah ini dapat diselesaikan secara kekal,” katanya pada taklimat hari kedua penutupan operasi beberapa stesen LRT Laluan Kelana Jaya hari ini.



Tag:

#LRT
LRT Kelana Jaya
LRT Rosak
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Keadaan Kuala Lumpur Kian Merisaukan: Isu Jalan Banjir, Trafik Sesak, Pengangkutan Semakin Teruk

5 sebab kenapa Kuala Lumpur bukan lagi sebuah bandar yang selamat dan ini penyelesaiannya...

30-05-2022
Berita Auto

Rosak Lagi, Tapi Baik Pulih LRT Laluan Kelana Jaya Sudah Selesai

Operasi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya kembali pulih selepas kerja-kerja baik pulih akibat gangguan suis.

06-01-2023
Berita Auto

LRT Kelana Jaya Dijangka Pulih Sepenuhnya. - Anthony Loke

LRT bagi laluan Kelana Jaya dijangka pulih pada tahun hadapan.

08-12-2022
Berita Auto

LRT Kelana Jaya Tergendala, Pengguna Kecewa

Rata-rata pengguna LRT mengeluh apabila LRT laluan Kelana Jaya buat hal lagi, awal pagi tadi.

07-12-2022
Berita Auto

Menteri Menyamar Jadi Penumpang LRT Sebab..

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke meninjau perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya, petang tadi.

06-12-2022
Berita Auto

Tidak Selamat, Operasi 6 Stesen LRT Laluan Ampang-Sri Petaling Dihentikan

Enam stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang-Sri Petaling dihentikan operasi perkhidmatannya bermula Ahad ini, 2 April 2023.

31-03-2023
Berita Auto

Anda Mangsa Gangguan LRT RapidKL? Bas Smart Selangor Datang Menyelamat!

Anda terkesan dengan isu RapidKL yang tidak berkesudahan minggu ini? Mungkin berita ini dapat melegakan.

10-11-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Monsun Timur Laut, Laluan Dari Gerik, Jeli, Blue Valley Terdedah Tanah Runtuh

Laluan dari Gerik menuju ke Jeli, Kelantan dan jalan Simpang Pulai ke Blue Valley, Cameron Highlands, Pahang dikatakan berisiko berlakunya kejadian tanah runtuh.

13-11-2025
Berita Auto

Projek ECRL: Bakal Lonjakkan Hasil KDNK Terengganu

Nampaknya, negeri Terengganu mampu tingkatkan hasil KDNK sebanyak RM48.2 bilion pada 2040 disebabkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

13-11-2025
Berita Auto

Proton, PRO-NET Sertai GATE 2025: Pamerkan Teknologi EV Terkini di GATE 2025

PRO-NET mempamerkan teknologi terkini kenderaan elektriknya sepanjang pameran Global Automotive and Technology Expo (GATE) 2025 yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre.

13-11-2025
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen

Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel naik sebanyak lima sen, bermula hari ini.

13-11-2025
Berita Auto

BYD Shark PHEV Bakal Didedah Hari Ini, Tunggu Pengumuman Rasmi BYD

BYD bawa masuk trak pikap bernama Shark pula ke pasaran tempatan?

13-11-2025
Berita Auto

Projek NPE2 Siap 2029, Bakal Kurangkan Kesesakan Di Pantai Dalam, Bangsar, Mahameru

Projek Sambungan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE2) siap sepenuhnya pada tahun 2029, nanti.

12-11-2025
Berita Auto

Peraturan 78 Dimansuh, Cara Pengiraan Faedah Bagi Pinjaman Kadar Tetap Kereta

Penambahbaikan Rang Undang-Undang (RUU) Sewa Beli (Pindaan) 2025 yang akan merombak cara pengiraan faedah bagi pinjaman kadar tetap kereta, bakal melegakan peminjam.

12-11-2025
Berita Auto

Syarikat Bas Operasi Di 1 Terminal, Ini Penjelasan MOT

MOT menegaskan pihaknya tidak pernah memaksa mana-mana syarikat bas untuk beroperasi dari terminal tertentu sahaja.

12-11-2025