Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Keadaan Kuala Lumpur Kian Merisaukan: Isu Jalan Banjir, Trafik Sesak, Pengangkutan Semakin Teruk

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Baru-baru ini tular satu perkongsian dalam Instagram berkenaan isu cuaca dan banjir di Kuala Lumpur. Mana tidaknya, baru sahaja masuk bulan Mei, sudah berkali-kali kota ini dilanda banjir yang menyebabkan banyak kerosakan dan kerugian.


Perkongsian ini dibuat oleh seorang pelajar Malaysia, Iman Aidid, berdasarkan pemerhatian dan juga informasi yang diketahui mengenai keadaan semasa bandaraya Kuala Lumpur


Dalam perkongsian yang dibuat bertajuk Kuala Lumpur Is Not a Livable City and We Need to Change That, Iman menyatakan sesebuah bandar dapat menjadi sebuah penempatan yang selamat sekiranya dilengkapi kawasan hijau, banyak ruang untuk orang awam, sistem pengangkutan awam yang efisien dan juga akses kepada fasiliti kesihatan yang mudah.


Namun, dalam perkongsian sama yang kini telah menjana sebanyak 30,000 tanda suka dan lebih 300 komen, Iman menyenaraikan 5 sebab kenapa Kuala Lumpur bukan lagi sebuah bandar yang selamat untuk dijadikan tempat tinggal:

 

#1 Banjir ketiga pada tahun ini



 

Hujan lebat sejak 11 pagi pada 25 Mei menyebabkan beberapa jalan raya utama di sekitar Kuala Lumpur ditenggelami air. Situasi sama pernah terjadi pada 7 Mac dan 25 April tahun ini.


Keadaan ini cukup merisaukan kerana sehingga hari ini, tiada sebarang tindakan diambil atau pengisytiharan Kecemasan Iklim dibuat.

 

#2 Kesesakan trafik Kuala Lumpur yang semakin dahsyat



 

Data trafik menunjukkan bahawa kesesakan jalan raya Kuala Lumpur selepas pandemik lebih dahsyat berbanding sebelum pandemik. Ini terjadi kerana kebanyakan tempat kerja sudah mula beralih daripada bekerja dari rumah kepada bekerja seperti biasa di tempat kerja di samping permulaan sesi persekolahan secara bersemuka.


Kajian Boston Consulting Group (BCG) mendedahkan, mereka yang tinggal di Kuala Lumpur rata-ratanya menghabiskan sekitar 53 minit dalam kesesakan trafik setiap hari.

 

#3 Isu pengangkutan awam

 



Sepertimana bandar-bandar besar di Asia Tenggara, Lembah Klang juga telah direka untuk memudahkan ramai pengguna kenderaan persendirian. Namun, ini sebenarnya menyebabkan isu jarak perjalanan "first-mile and last-mile" (awal perjalanan sehingga ke destinasi) dengan menggunakan pengangkutan awam yang menyusahkan sehingga ramai mempertimbangkan penggunaan kereta sendiri.


Tidak cukup dengan itu, sistem LRT juga sering berhadapan dengan gangguan teknikal dan selalu sesak.

 

#4 Ekosistem urban yang kian terancam


Bukit Persekutuan yang sepatutnya menjadi 'nadi hijau' kota, kini semakin terancam. Beberapa projek pembangunan dan eksploitasi sedang dijalankan termasuklah di atas bukit. Terkini, terdapat sebanyak tiga projek pembangunan sedang bergerak dengan rancak.


Tidak cukup dengan itu, 13 kawasan yang sebelum ini dikenal pasti sebagai kolam tadahan bakal dibangunkan sebagai kawasan perumahan. Kolam tadahan ini cukup penting sebagai sistem perlindungan daripada banjir dan hujan lebat.

 

#5 Kes flat PPR

 



Rumat flat PPR dan perumahan awam tidak dilengkapkan dengan balkoni. Ruang ini penting untuk memberikan kelegaan fikiran kepada penghuni dengan menikmati pemandangan luar. Tanpa ruang ini, masalah kesihatan mental semakin merebak dalam masyarakat.


Lebih teruk lagi, kawasan hijau dan taman permainan permainan kanak-kanak terpaksa 'dikorbankan' untuk memberi ruang kepada tempat letak kereta.


Kehadiran kawasan hijau dalam persekitaran PPR perlulah diberikan keutamaan. Penghasilan lanskap ini harus mengambil kira bagaimana ia boleh dimanfaatkan orang ramai bukan sahaja secara fizikal tetapi juga visual.


 

Apa yang boleh kita lakukan untuk menyelamatkan bandar ini?


Iman turut berkongsi antara langkah yang patut diambil bagi menyelamatkan bandar ini. Menurutnya, kerajaan perlu mengabaikan perancangan untuk membina lebih banyak lebuh raya di Lembah Klang kerana ia tidak akan bantu menghilangkan isu kesesakan trafik. Sebaliknya, tumpuan perlu diberikan kepada penambahbaikan sistem pengangkutan awam.


Selain itu, Malaysia sebenarnya dalam keadaan 'terdesak' dan perlu mengaplikasikan konsep 'bandar span' dalam perancangan masa hadapan.

 

Konsep bandar span?


Sejenis konsep yang penting untuk mewujudkan bandar raya berdaya tahan. Berdasarkan konsep ini, antara yang perlu diberikan perhatian adalah kewujudan  tanah lembab yang penting untuk menampung air hujan dan penjagaan hutan rimba untuk membolehkan air banjir mengalir secara semula jadi.


Sumber: Berita Harian

 

"Kita perlukan penyelesaian berasaskan alam semula jadi bukannya konkrit." – Iman Aidid 


Bandar span ini juga perlulah lengkap dengan kemudahan pengangkutan untuk orang awam mengakses infrastruktur hijau.


Pada pendapat penulis, salah satu penyelesaian terbaik terutamanya bagi isu kesesakan trafik ialah dengan penggunaan kenderaan mikromobiliti. Namun ini juga telah diharamkan penggunaannya di jalan raya. Apa pula pendapat anda tentang isu ini? Apakah solusi lain yang boleh digunakan untuk menyelamatkan keadaan (dan tidak haram)? Jom kongsi di bawah!


 Sumber: Instagram Iman Aidid

 

 

 

 

 

 


 

 

Tag:

trafik
ISU
Kuala Lumpur
banjir kilat
viral
Pengangkutan Awam
#LRT
Isu Semasa
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Kongsi Penyelesaian Isu Trafik Sesak Dan Dapat RM1,000!

Kongsi Penyelesaian Isu Trafik Sesak Dan Dapat RM1,000!

Jom sertai pertandingan polisi awam!

01-06-2022
Berita Auto
10 Kemalangan Di Malaysia Berpunca Kerosakan Brek Kenderaan Komersial

10 Kemalangan Di Malaysia Berpunca Kerosakan Brek Kenderaan Komersial

Kemalangan-kemalangan yang telah berlaku di Malaysia ekoran masalah brek.

14-02-2022
Berita Auto
"Kalau KL Tak Selamat? Sertakan Bukti, Kajian,"- Datuk Bandar KL

"Kalau KL Tak Selamat? Sertakan Bukti, Kajian,"- Datuk Bandar KL

Kecoh mengenai desas-desus yang mengatakan bahawa Kuala Lumpur adalah lokasi tidak selama

26-08-2024
Berita Auto
Acara KL Car Free Morning Dibatalkan Pada 5 & 12 Mac Ini

Acara KL Car Free Morning Dibatalkan Pada 5 & 12 Mac Ini

KL Car Free Morning (KLCFM) dibatalkan pada hari Ahad ini dan juga Ahad hadapan.

02-03-2023
Berita Auto
Banjir Kilat Tenggelamkan KL

Banjir Kilat Tenggelamkan KL

Ribuan kereta ditenggelami air akibat banjir kilat yang melanda di sekitar Lembah Klang petang tadi.

07-03-2022
Berita Auto
Waspada Pemandu! Senarai Lokasi 'Hotspot' Banjir Kilat di Lembah Klang.

Waspada Pemandu! Senarai Lokasi 'Hotspot' Banjir Kilat di Lembah Klang.

Beberapa kawasan di Lembah Klang dilanda banjir kilat.

06-05-2026
Berita Auto
KL Dilanda Banjir Kilat, 5 Laluan Terjejas

KL Dilanda Banjir Kilat, 5 Laluan Terjejas

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan beberapa lokasi di sekitar ibu negara dilanda banjir kilat kira-kira pukul 3 petang tadi.

12-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto
Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto
Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto
Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto
Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto
Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Harga Minyak Turun Bermula Hari Ini
Berita Auto
PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026