Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hati-Hati Dengan Kenderaan Berat, Tapi Kenapa? Baca Pendedahan PLUS

Suhana Veru

Kongsi melalui


Kebakaran kereta dan treler muatan besi yang mengorbankan lima individu di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat Terowong Menora.

Kes kemalangan maut melibatkan kenderaan berat dan kenderaan berhenti di lorong kecemasan semakin meningkat pada tahun ini.

Untuk makluman, kemalangan maut membabitkan kenderaan berat meningkat dua peratus berbanding tahun 2019.

Sementara itu, kemalangan di lorong kecemasan yang membabitkan kenderaan rosak pula meningkat sebanyak lima peratus berbanding tahun 2019.

Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Operasi Plus Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Zakaria Ahmad Zabidi.

“Kajian turut menunjukkan bahawa kenderaan berat adalah penyumbang utama kepada masalah pengurusan trafik apabila berlakunya kemalangan selain isu halangan membabitkan cebisan tayar kenderaan berat," katanya.

Selain itu, statistik Plus turut menunjukkan kawasan lebuh raya berhampiran kawasan perindustrian adalah lokasi kemalangan membabitkan penunggang motosikal.


Lebuh raya PLUS.

Sehingga September lalu, Plus merekodkan 333 kehilangan nyawa akibat kemalangan dan daripada jumlah itu, 216 membabitkan penunggang motosikal.

Bagaimanapun, kemalangan maut membabitkan kenderaan berat  bukan perkara baharu.

Sejak kebelakangan ini, kebanyakan kenderaan berat dilaporkan mengalami masalah brek tidak berfungsi sehingga meragut nyawa pengguna jalan raya yang lain

Apapun, risiko  kemalangan memang meningkat apabila had usia kenderaan bertambah, namun ia juga berkait dengan cara pemanduan serta penyelenggaraan kenderaan.


Tag:

PLUS
kemalanganmaut
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Mega Jam 2.2 Juta Kereta Sehari

Mega Jam 2.2 Juta Kereta Sehari

Nak Cuti Panjang, Ini Tarikh-Tarikh ‘Keras’ Yang Anda Wajib Elak Di Lebuhraya PLUS!

20-05-2026
Berita Auto
Harap Maklum, 'Jammed' Bermula Khamis Ini Sebab Cuti Panjang

Harap Maklum, 'Jammed' Bermula Khamis Ini Sebab Cuti Panjang

PLUS sudah bersedia menghadapi lonjakan trafik sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) yang dijangka bermula seawal Khamis ini.

10-02-2026
EV
Hab Pengecasan EV Bersepadu Seremban Siap 2027 – 20 Pengecas DC

Hab Pengecasan EV Bersepadu Seremban Siap 2027 – 20 Pengecas DC

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bersama dengan rakan kerjasama, Yinson GreenTech (YGT), telah rasmi memulakan pembinaan Hab Pengecasan Kenderaan Elektrik (EV) Bersepadu pertama di Malaysia.

17-10-2025
Berita Auto
Lebih 2 Juta Kenderaan Guna Lebuharaya PLUS Mula Hari Ini

Lebih 2 Juta Kenderaan Guna Lebuharaya PLUS Mula Hari Ini

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan ketara jumlah kenderaan di rangkaian lebuh rayanya dalam tempoh tiga hari bermula hari ini.

04-04-2025
Berita Auto
Bas Terbalik, Nasib Baik 20 Penumpang Selamat!

Bas Terbalik, Nasib Baik 20 Penumpang Selamat!

Sebuah bas terbabas lalu terbalik di Kilometer 427.1 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Hulu Selangor kelmarin.

06-12-2024
Berita Auto
Nak Balik Kampung, Rancang Perjalanan Anda, Kalau Tak Nak Sangkut Jam

Nak Balik Kampung, Rancang Perjalanan Anda, Kalau Tak Nak Sangkut Jam

Tidak mahu lebuh raya sesak, semua kerja penyelenggaraan jalan dihentikan.

06-06-2024
Berita Auto
1 Maut, Nahas 3 Kereta

1 Maut, Nahas 3 Kereta

Kemalangan maut di Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan, malam tadi.

30-05-2024
Berita Auto
Peruntukan Masih Cukup, Lebuhraya PLUS Dilebarkan Sehingga Ke Ayer Hitam

Peruntukan Masih Cukup, Lebuhraya PLUS Dilebarkan Sehingga Ke Ayer Hitam

Kerajaan telah menerima cadangan untuk melebarkan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari Simpang Renggam hingga ke Ayer Hitam.

01-04-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026