- Berita
- EV
- [KAJIAN] Minat Orang Ramai Untuk Beli Tesla Semakin Menurun
![]()
Kajian Brand Watch oleh sebuah syarikat automotif di Amerika Syarikat, Kelley Blue Book mendedahkan bahawa kecenderungan orang ramai terhadap kereta keluaran Tesla merudum.
“Tesla jatuh kepada tangga keenam daripada tangga kelima dalam senarai kedudukan jenama mewah paling banyak dibeli, dengan hanya 12% pembeli [barangan] mewah mempertimbangkan jenama Tesla – turun 3 mata peratusan daripada suku kedua 2022 yang juga merupakan kerugian suku ke suku yang terbesar bagi mana-mana jenama mewah.
Baca: Supercharger Tesla "Haram" Di Jerman, Ini Puncanya
"Pertimbangan untuk membeli sedan Model 3 jatuh sehingga 10% berbanding suku kedua, dan kedua-dua Tesla Model Y serta Model S pula jatuh daripada senarai 10 Teratas dalam senarai kenderaan mewah paling banyak dibeli buat pertama kalinya dalam tempoh dua tahun," dedah laporan tersebut.

Jenama Tesla telah menguasai pasaran AS bertahun lamanya dan mampu bersaing dengan pengeluar kereta lain walaupun buat masa ini pembelinya tidak layak menerima kredit cukai persekutuan berjumlah AS$7,500.
Baca: Cybertruck Bukan Sekadar Trak, Tapi Juga Bot!
Pengurus Penyelidikan Kanan dan Risikan Pasaran di Cox Automotive, Vanessa Ton berkongsi pendapatkan berdasarkan hasil kajian ini:
“Suku ketiga turut menunjukkan kejatuhan pertimbangan [pembelian] Tesla yang mendadak kerana beberapa faktor. Persaingan yang semakin meningkat dariapda jenama lain yang menawarkan lebih banyak EV baharu, kenaikan harga dan juga kekurangan produk baharu. Namun begitu, sebelum ini kita pernah melihat kejatuhan seperti ini berlaku kepada Tesla dan mereka sentiasa berjaya untuk bangkit kembali.”
Apakah pendapat anda mengenai situasi yang dilalui Tesla ini? Kongsikan di ruangan komen di bawah.
ARTIKEL BERKAITAN:
Baca: Cybertruck Bukan Sekadar Trak, Tapi Juga Bot!
Baca: [KAJIAN] Apple Belum Keluarkan Kereta, Tapi Ramai Berniat Nak Beli, Termasuk Pengguna Tesla!
Baca: "Hasilkan EV Di Indonesia, Bukan Hanya Bateri," Jokowi Gesa Tesla
Baca: Supercharger Tesla "Haram" Di Jerman, Ini Puncanya
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv